Bagi penggemar makanan laut, ketam merupakan juadah yang wajib dan enak dimakan biarpun dengan apa jenis masakan.
Jika makan di luar, antara menu yang seringkali dipesan adalah ketam bercili. Ketam bercili yang bersalut telur memang sedap dimakan dengan nasi panas.
Ketam yang segar akan menghasikan masakan yang sedap dan baunya juga sangat wangi dan menyelerakan.
Jika mahu membeli ketam di pasar, adalah lebih baik untuk anda memilih ketam betina kerana ia mempunyai banyak isi dan rasanya lebih lemak berbanding ketam jantan.
Namun, bagaimana mahu membezakan ketam jantan dan ketam betina?
Ketam betina lazimnya bulat, gemuk dan terdapat tempat tersimpannya telur di bahagian belakang. Jika dapat yang banyak telur lebih lazat.
Sementara itu, lazimnya ketam jantan sedikit leper dan kecil tubuhnya. Jika dilihat bahagian belakangnya lebih runcing.
Ketam jantan juga tidak banyak isi. Jadi, elakkan terbeli ketam jantan.
Jika anda mahu cuba masak sendiri di rumah, bolehlah cuba resipi yang disediakan dibawah ini.
Ketam Masak Bercili
Bahan-bahan:
- Ketam (5-6 ekor)
- Telur ayam (2 biji)
- Cili kering kisar (15 tangkai)
- Bawang besar (1 labu) - dikisar
- Bawang putih (4 ulas) - dikisar
- Halia (1 inci) - dikisar
- Sos cili (2 sudu)
- Tepung jagung (3 sudu besar)
- Sos tomato (1 1/2 sudu)
- Daun limau purut (2 helai)
- Cuka (1/2 sudu besar)
- Gula dan garam secukup rasa
- Bawang Holland (1 labu)
- Cili besar merah (2 tangkai)
- Batang daun bawang
Cara-cara:
Langkah 1:
1. Gaulkan ketam dengan garam dan sebiji telur. Gaul sehingga sebati.
2. Goreng ketam ke dalam minya yang panas sehingga sedikit garing atau 80% masak.
Langkah 2:
1. Panaskan minyak 8 sudu besar atau ambil minyak di dalam kuali gorengan ketam.
2. Tumis bawang besar sehingga layu.
3. Masukkan bawang putih.
4. Masukkan halia.
5. Masukkan daun limau purut.
6. Masukkan cili kisar.
7. Masukkan sos cili.
8. Masukkan sos tomato.
9. Masukkan cuka. Masak sehingga pecah minyak.
10. Masukkan ketam.
11. Masukkan telur sebiji. Kacau sehingga sebati.
12. Masukan bawang Holland.
13. Masukkan cili besar.
Hiasan: Batang daun bawang dan daun ketumbar.
Resepi Bonus: Sup Ketam Ala Chinese
Kredit foto: Ady Minhad (Gambar sekadar hiasan dan bukan menggunakan resepi dibawah)
Bahan-bahan:
- Isi ketam atau jejari ketam (dicarik memanjang halus)
Tips: Beli yang sedikit berkualiti. Baru sedap dan rasa ketamnya.
- Bawang putih (8 ulas) - dicincang kasar
- Sedikit minyak
- Lobak merah (dipotong memanjang halus)
- Cendawan (jenis apa sahaja seperti cendawan butang, shitake atau tiram)
- Telur (2 biji) - dipukul
- Tepung jagung (2-3 sudu besar) - dibancuh dengan air apabila mahu dimasukkan dalam sup
- 1 kiub ayam
- Kicap cair masin (2 sudu besar)
- Air (1 liter lebih atau secukupnya)
- Serbuk lada sulah (1 sudu besar)
- Sedikit minyak bijan (jika suka)
Cara membuat:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga garing. Masukkan lobak merah. Kacau rata dan masukkan air.
2. Masukkan kiub ayam, garam dan lada sulah.
3. Masukkan cendawan dan isi ketam. Masak sehingga mendidih.
4. Apabila mendidih, terus masukkan telur yang telah dipukul. Terus kacau rata supaya telur tersebut pecah rata dalam kuah.
5. Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung dan kicap cair masin secukup rasa. Mahu letak garam pun boleh.
6. Akhir sekali, boleh renjis sedikit minyak bijan dan siap.
Untuk lebih banyak resepi, layari www.enyabdullah.com
Sumber:
2. Eny Yusnizar Abdullah [1, 2]