Oleh pada 30 Jan 2021 kategori

Gunakan giling batu untuk rasa yang sedap dan berbeza berbanding menggunakan pengisar. Jika hasil anda tidak menjadi dan mempunyai rasa seperti lemak cili padi, ia mungkin kerana kurang daun ketumbar dan terlebih santan.

Hidangan ini menggunakan banyak cili hijau dan daun ketumbar. Ia tidak menggunakan rempah kari.

Kari Hijau Ayam Thai

Bahan-bahan:

  • Ayam (400gm)
  • Serai (1 batang) (dikisar)
  • Serai (1 batang) - untuk dimasukkan di dalam masakan bersama bahan tumis
  • Daun limau purut (3 helai)
  • Cili padi (1 -3 biji) (dikisar)
  • Bawang merah (2 biji) - dihiris halus (dikisar)
  • Bawang putih (4-5 biji) (dikisar)
  • 1 inci lengkuas dan halia (dikisar)
  • Daun ketumbar (1/2 cawan) - guna semua sekali termasuk akar
  • 1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil - jika ada
  • Serbuk jintan manis (1/2 sudu teh) (dikisar)
  • Serbuk lada hitam (1/2 sudu teh) (dikisar)
  • Serbuk ketumbar (1/2 sudu teh) (dikisar)
  • Sos ikan/nampla (3 sudu besar)
  • Belacan (1 inci) atau udang kering (1 sudu)
  • Jus limau nipis (2 camca besar)
  • 1 camca teh gula perang/merah atau melaka
  • Santan pekat (1 cawan besar)
  • Terung hijau bulat
  • Tomato
  • Garam dan gula (secukup rasa)

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumis bahan-bahan yang dikisar.
  2. Masukkan 1 batang serai dan daun limau purut.
  3. Masukkan sos ikan, gula merah dan limau nipis.
  4. Apabila pecah minyak, masukkan ayam.
  5. Masukkan terung hijau bulat.
  6. Apabila mendidih, masukkan tomato dan santan pekat.
  7. Kemudian, garam dan gula.
  8. Masak sehingga pekat dan jangan bagi santan pecah minyak.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Azahari Abdullah [12]

Sumber informasi:

1. Faridah Othman [12]

2. Suria Rahman [12]

3. Nadia Lizaida [12]

4. Khairulnisak Ahmad [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)