Oleh pada 16 Feb 2021 kategori

Kari kacang hijau merupakan sebuah hidangan yang sesuai dicuba untuk mereka yang sudah jemu dengan daging atau ayam. Ia sedap dinikmati dengan roti canai, capati atau nasi.

Untuk resepi bonus iaitu ponggal, ia dimakan sebegitu sahaja kerana thinai sudah dikira seperti nasi yang lembik atau alternatif untuk nasi. Pemilik resepi tidak menggunakan beras, sebaliknya menggunakan thinai dan kacang hijau.

Kari Kacang Hijau

Bahan-bahan:

  • Kacang hijau
  • Bawang putih (10 ulas) - dicincang
  • Serbuk kunyit (sedikit)
  • Garam
  • Cili kering
  • Biji sawi
  • Daun kari
  • Bawang merah India (3 biji) - dihiris

Cara-cara penyediaan bergambar:

kari kacang hijau default 1 edited

  1. Rendam kacang hijau selama 1 atau 2 jam.
  2. Ambil 10 ulas bawang putih yang dicincang.
  3. Cuci kacang hijau dan masukkan dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit sedikit, garam dan bawang putih.
  4. Masak sehingga empuk.
  5. Bahan tumis iaitu cili kering, biji sawi, daun kari dan 3 biji bawang merah India yang dihiris.
  6. Masukkan cili kering dan biji sawi.
  7. Masukkan bawang merah sehingga garing.
  8. Selepas garing.
  9. Masukkan daun kari.
  10. Tuangkan kari kacang hijau dan masukkan garam secukup rasa. Masak selama 10 minit.

Resepi Bonus: Ponggal (Thinnai Ven Ponggal)

ponggal default

Bahan-bahan:

  • Thinai (1 cawan)
  • Kacang hijau (1/2 cawan) - yang sudah siap split (sangai terlebih dahulu)
  • Minyak sapi (1 sudu makan)
  • Air (4 cawan)
  • Asafoetida
  • Garam
  • Lada hitam
  • Jintan halus
  • Kacang gajus
  • Halia - ditumbuk
  • Daun kari - diracik halus supaya tidak terbazir
  • Susu (1/2 cawan)

Cara-cara membuat:

  1. Sangai thinai dengan minyak sapi. Campurkan kacang hijau tadi.
  2. Masukkan air. Rendam selama minimum setengah jam. Masukkan dalam pressure cooker. Tambah sedikit asafoetida dan garam. Masuk sehingga 3 visel atau masak sehingga lembut. Masukkan 2 sudu makan minyak sapi. Sebatikan.
  3. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak. Tumis lada hitam, jintan halus dan kacang gajus. Tambah halia dan daun kari. Tutup api.
  4. Tuangkan ke dalam pressure cooker tadi. Sebatikan.
  5. Tambah susu yang sudah siap dididihkan. Sebatikan. Siap.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Cgayatthiri Devi Chundriah [12

2. Kesavan Supramaniam [12]

Sumber informasi:

1. Kavi Malar [1, 2]

2. Nora Selan [1 , 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)