Oleh pada 14 Sep 2018 kategori

Bahan-bahan

  • 1 bungkus Maggi kari* (rebus dan toskan)
  • 1 paket serbuk kari Maggi*
  • 1 biji telur*
  • secukup rasa atau garam sedikit*
  • 6 sudu besar tepung ubi
  • 2 sudu besar tepung gandum

Cara penyediaan:

  1. Kisar bahan-bahan bertanda * .
  2. Kemudian campurkan tepung ubi dan tepung gandum.
  3. Uli sehingga tidak melekat di tangan. Anda juga boleh gunakan mixer.
  4. Jika melekat, tambah tepung ubi.
  5. Uli doh panjang-panjang seperti kerepok lekor.
  6. Masak air rebus sehingga mendidih. Kemudian masukkan doh. Tunggu sehingga doh timbul baru angkat dan toskan.
  7. Potong mengikut bentuk kesukaan anda. Untuk senang, boleh gunakan gunting. Kemudian goreng dan siap.

Sumber: Mafueza Fueza




Hakcipta iluminasi.com (2017)