Bahan-bahan:
- 2 blok atau 150 gm coklat masakan
- 6 sudu besar marjerin atau mentega
- 2 biji telur gred A
- 2 sudu besar serbuk koko
- 3 sudu besar gula
- 3 sudu besar tepung gandum (ayak)
- 2-3 titik esen vanila
- 1/4 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
Cara membuat:
- Satukan coklat masakan dan marjerin dalam bekas dan double boilkan sehingga cair.
- Whisk atau pukul telur, gula dan esen vanila sehingga kembang dan masukkan coklat yang didouble boil.
- Masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk koko. Kacau menggunakan senduk sehingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan dan simpan dalam peti sejuk selama 10 minit.
- Panaskan ketuhar dan bakar kek suhu 200° api atas bawah selama 12-15 minit. Tips: Jangan terlebih bakar untuk bagi ada lava.
- Setelah sedikit suam, boleh keluarkan dari acuan.
Tips:
1. Boleh juga kukus 8-10 minit menggunakan api sederhana besar.
2. Pemilik resipi bakar mengunakan acuan atau papercup untuk muffin tersebut sahaja.
3. Setelah masak, boleh gunting-gunting papercup dari bahagian tepi untuk senang keluarkan kek.
4. Adunan ini menghasilkan 4 biji kek. Jika mahu lebih, boleh gandakan adunan .
Untuk resepi lain, boleh ikuti Facebook Raja Amanina
Sumber: Raja Amanina