Ramai yang tahu membuat brownies tetapi pernahkah anda mencuba untuk membuat brownies ala 'Dip N Dip' ini? Kepada penggemar coklat dan khususnya wanita, inilah masa anda untuk tunjukkan bakat dalam menghasilkan brownies yang mungkin dapat menawan hati para jejaka di luar sana. 

Bahan-bahan untuk Brownies :

Bahan A

200g coklat masakan

75g butter

  • Cairkan 2 bahan ini secara double boiler. Selepas ia cair dengan baik, biarkan sekejap sehingga suam.

Bahan B

2 biji telur gred A

80g gula perang

  • Satukan 2 bahan ini dan kacau guna whisk hingga gula betul-betul larut.

Bahan C

50g tepung self raising (tepung naik sendiri)

15g serbuk koko atau coklat

  • Ayakkan 2 bahan ini dahulu.

Cara-caranya :

  • Satukan bahan A dan bahan B. Kemudian, kacau hingga sebati dengan menggunakan whisk.
  • Selepas itu, masukkan bahan C pula. Kacau lagi hingga adunan memang agak berat dan sebati.
  • Lapikkan baking paper di dalam loyang saiz 8x8 (boleh juga guna loyang saiz 7*inci). Pastikan kertas itu dilebihkan dari loyang untuk mudah dikeluarkan nanti.
  • Masukkan adunan dan ratakan. Kalau nak taburkan badam pun boleh.
  • Panaskan oven dengan suhu 160 darjah selama 10 minit (api atas dan bawah). Bakar brownies selama 30 minit.

Bahan topping

1 blok Cadbury Milk 165g 

2 sdb minyak jagung atau minyak masak (yang ini petua daripada sahabat saya Linda Adamsudi Mazri)

  • Cairkan secara double boiler.
  • Letakkan atas brownies dan ratakan.

Bahan Drizzle

  • White chocolate dicairkan secara double boiler, masukkan ke dalam piping bag dan drizzle.
  • Dark chocolate dicairkan secara double boiler, masukkan ke dalam piping bag dan drizzle.
  • Akhir sekali, lorekkan sahaja. 

brownies 1

Selamat mencuba!

Kredit : Mariana Zainal




Hakcipta iluminasi.com (2017)