Oleh pada 24 Sep 2018 kategori

Sudah bosan dengan donat yang anda selalu buat? Mungkin tiba masanya anda cuba melakukan sesuatu yang lain dari lain. Lebih-lebih lagi buat para ibu di luar sana yang ada anak-anak kecil yang cerewet.

Donat berintikan coklat cadbury ini pasti membuatkan anak anda teruja untuk bersarapan pagi. Jom kita lihat resepinya. 

Bahan-bahan:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar merjerin
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air suam
  • 1/2 cawan air
  • 1 peket mauripan
  • sedikit garam
  • coklat bar (coklat cadbury) untuk filling di dalam donat

Cara memasak:

  1. Ambil setengah cawan air suam dan larutkan gula, yis segera. Kacau sehingga sebati.
  2. Biarkan sehingga yis mengembang sekitar dalam 20 minit.
  3. Ramas dan gaulkan rata tepung gandum bersama marjerin, susu dan garam hingga sebati.
  4. Apabila yis sudah mula mengembang, masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang selikan dengan setengah cawan air sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
  5. Biarkan doh direhatkan selama 30 minit. Tutup doh dengan kain basah dan biarkan seketika.
  6. Selepas 30 minit, doh akan naik dan tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
  7. Boleh canaikan doh tersebut, jangan terlalu tebal sangat dan jangan pula terlalu nipis.
  8. Bentukkan bulat seperti donat dan letakkan coklat cadbury ke dalamnya.
  9. Sebelum menggoreng, rehatkan donat selama 30 minit supaya ia mengembang dengan cantik.

donat coklat cadbury leleh lava 1

Sumber: Fika Shafika




Hakcipta iluminasi.com (2017)