Oleh pada 28 Oct 2020 kategori

Rahsia jem nenas tahan lama tanpa bahan awet ialah masukkan sekali hempulurnya apabila memarut atau mengisar nenas. Dengan cara ini, hasilnya mungkin boleh tahan selama setahun lebih dalam peti ais tanpa rosak. 

Resepi bonus kali ini ialah nenas goreng yang pernah tular di Kelantan baru-baru ini. Cara menggorengnya adalah sama seperti pisang goreng. Ia juga tidak meletup apabila digoreng. 

Jem Nenas

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • Nenas (sebiji) - tidak terlalu masak atau terlalu mentah, sedang-sedang sahaja

Kisar dan jangan ditapis airnya.

Bahan B:

  • Kayu manis (sebatang)
  • Pewarna kuning (sedikit)
  • Gula putih (mengikut tahap kemanisan yang sesuai)
  • Garam (1 atau 2 cubit)
  • Daun pandan
  • Gula melaka (1 atau 2 ketul)

Cara-cara membuat:

  1. Renehkan bahan A dengan api besar sehingga airnya surut sedikit.
  2. Masukkan bahan B. Kacau berterusan.
  3. Jika air mula kering, kecilkan api dan terus kacau sehingga likat. Rasa manis dan masam perlu serasi dengan citarasa masing-masing.
  4. Kemudian, sejukkan dengan suhu bilik. Jangan dimasukkan dalam peti ais ketika ia panas.

jem nenas default 1

jem nenas default 2

Resepi Bonus: Nenas Goreng Viral

nenas goreng viral default

Bahan-bahan:

  • Tepung beras (2 cawan) - cawan teh
  • Tepung jagung (2 sudu)
  • Air bancuhan air kapur (1 sudu)
  • Telur (1 biji)
  • Gula (sedikit)
  • Garam (sedikit)
  • Air jangan terlalu banyak
  • Pewarna kuning telur

nenas goreng viral default 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Humie Kalsum Kamaruddin [12

2. Hanita Muhamad [12]

Sumber informasi: Zalilah Mohd Ali [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)