Selain bayam brazil, daun pegaga juga boleh digunakan. Untuk daun bayam, ia tidak perlu dilap atau dikeringkan terlebih dahulu.
Hidangan ini enak dijadikan sebagai kudapan ataupun lauk untuk dimakan bersama nasi. Ia juga sesuai untuk dihidangkan kepada golongan kanak-kanak.
Kerepek Bayam Brazil
Bahan-bahan:
- Tepung Bestari original (5 sudu)
- Tepung Bestari pedas (1 sudu)
- Tepung jagung (2 sudu)
- Tepung beras (2 sudu)
- Rempah kari (1 sudu)
Cara-cara penyediaan:
- Gaul sebati bahan di atas.
- Cuci bersih daun bayam. Ambil daun sahaja.
- Taburkan campuran tepung di atas tadi sehingga sekata.
- Goreng dalam minyak panas.
Tips:
- Pemilik resepi tidak letak garam kerana tepung sudah cukup masin.
- Pemilik resepi tidak menggunakan telur. Jika menggunakan telur, kerepek terlalu berminyak dan kerangupan tidak kekal lama.
- Gandakan bahan campuran tepung jika mahu buat dalam kuantiti yang banyak.
- Campuran tepung tersebut tidak perlu campur air. Insya-Allah lekat sahaja tepung tersebut kerana selepas basuh daun bayam, pemilik resepi terus taburkan tepung. Kemudian, ratakan supaya semua kena tepung tersebut dan barulah goreng dalam minyak panas.
- Simpan dalam bekas kedap udara.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi: Roslinda Rosli [1, 2]
Sumber informasi: