Cucur ayam atau juga dipanggil sebagai bebola ayam bersayur merupakan antara menu diet Atkins yang boleh anda cuba. Sebagai cadangan, ia boleh dicicah dengan sos cili Thai dan dihidangkan pada waktu petang.
Menurut pemilik resepi, daun sup lebih wangi sedikit jika dibandingkan dengan daun-daun lain iaitu daun kucai dan daun bawang. Untuk lebih beraroma, anda juga boleh lebihkan daun sup tersebut.
Untuk sosnya pula, pemilik resepi menggunakan jenama Maepranom dari negara Thailand. Untuk mendapatkan hasil yang lebih enak, tambahkan serbuk roti (breadcrumb) iaitu biskut jenama Hup Seng yang diramas hancur.
Cucur Ayam (Bebola Ayam Bersayur)
Bahan-bahan:
- Ayam - ambil bahagian isi dagingnya sahaja
- Bawang merah - dihiris dadu
- Cili merah
- Daun sup/daun kucai/daun bawang
- Garam (sedikit)
- Telur (1-2 biji) - jika ayam banyak, tambahkan telur
Nota: Resepi ini tidak menggunakan tepung.
Cara-cara penyediaan:
- Rebus bahagian ayam terlebih dahulu.
- Selepas rebus, kisar ayam sehingga hancur. Pemilik resepi letak air sedikit sahaja supaya ia basah.
- Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
- Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana. Setelah kekuningan, sedia untuk diangkat. Siap.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi: Tengku RosElyza Raja Muhammad [1, 2]
Sumber informasi: