Oleh pada 18 Apr 2020 kategori

Bagi memperolehi bentuk bulat yang cantik seperti hasil resepi ini, anda perlu menggunakan air panas yang mendidih dan kacau secara laju. Apabila bertukar sedikit suam, mulakan proses untuk membulatkannya dengan segera.

Untuk mendapatkan kelainan, soda bikarbonat juga boleh diletakkan. Proses menggentel untuk membulatkannya agak membosankan, namun hasilnya ternyata lebih sedap berbanding cucur yang biasa menggunakan air paip. 

Cucur Bebola Manis

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (2 cawan) *
  • Gula (3 sudu besar)*
  • Garam (1/2 sudu teh)*
  • Air panas mendidih (2 cawan)

Cara-cara penyediaan:

1. Kacau sebati bahan-bahan berhuruf condong* dalam bekas dan tuang air panas mendidih. 

2. Kacau dengan sudu atau senduk. Setelah sejuk sedikit, gentel menjadi bentuk bulat yang kecil. 

Tips: Doh akan melekat pada tangan. Untuk memudahkan proses menggentel, celup hujung jari dengan air dan letak air sedikit pada tapak tangan. Anda juga boleh menggunakan minyak.

3. Goreng dengan minyak yang banyak (deep fry) dan golekkannya selalu supaya masak sekata.

cucur bebola manis 1

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Tasha Aidil [1, 2]

Kredit bersama: Suhaiza Jatim [12]

Sumber informasi:

1. Syaza Syafika [1, 2]

2. Siti Noor Ainshah [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)