Oleh pada 02 Mar 2018 kategori

Kali ini iluminasi ingin berkongsi dengan anda semua resepi nasi goreng bersama-sama ayam goreng yang digoreng selepas diperap dengan rempah. Ianya sangat mudah disiapkan dan dimasak. Orang lelaki bujang juga boleh mencuba masakan ini.

Sekiranya perkongsian ini bermanfaat untuk anda, kami harapkan anda kongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda. Tak bagus juga sekiranya anda seorang saja menikmati makanan yang sesedap ini. Pastikan kawan-kawan serta jiran anda juga dapat menikmatinya sekali.

Dalam menyediakan nasi goreng, pastikan anda menggunakan nasi yang sudah sejuk. Kalau nasi panas, nasi goreng anda akan jadi sedikit lembit dan lenyai. Tak sedap sekiranya anda menggunakan nasi yang masih panas atau masih baru dimasak. Sebelum goreng nasi sediakan perapan rempah ayam dulu 

Bahan Perapan ayam berempah

  • Semangkuk isi ayam. Dipotong kecil
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • sedikit kunyit
  • 1 sudu besar "pasti sedap" maggie
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar tepung beras / tepung jagung / tepung gandum

Campurkan semua bahan-bahan yang disebutkan bersama-sama ayam yang dipotong kecil. Sekiranya perapan agak pekat, anda bolehlah tambah sedikit air. Jangan terlalu cair, nanti tak jadi perapan dah. Jadi seperti ayam berkuah pula.

nasi goreng ayam bujang

Bahan untuk nasi goreng

  • 3 sudu minyak sapi / butter / margerin
  • Sebiji bawang besar (dicincang halus )
  • 3 ulas bawang putih (diketuk )
  • 5 biji cili api (diketuk)
  • 15 hingga 20 biji cili kering (rebus dan kisar)
  • 4 sudu besar sos cili 
  • 1 1/2 sudu besar sos tiram
  • kicap secukup rasa
  • Pati ayam knorr
  • Garam 
  • Gula
  • Sebiji telur
  • Sayur (terpulang kesukaan anda)

nasi goreng ayam kedai

Cara Penyediaan

  • Panaskan minyak sapi
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan cili api
  • Bila bau dah naik (wangi) masukkan cili kisar 
  • Masukkan garam, gula, dan pati ayam
  • Biarkan sehingga pecah minyak
  • Tambah sedikit air
  • Masukkan sos dan kicap
  • Biarkan mendidih (kecilkan api) tambah air sekiranya terlalu pekat
  • Bila dah mendidih, masukkan sayur. Biar sehingga layu sedikit
  • Masukkan telur dan akhir sekali campakkan nasi  

Goreng sehingga berasap-asap ya. Kalau tak berasap maknanya tak sedaplah nasi goreng anda tu. Mesti berasap baru menunjukkan nasi tu dah masak dengan baik. Akhir sekali, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan goreng lah lagi nasi bersama-sama ayam sehingga sebati. Sudah boleh dihidangkan




Hakcipta iluminasi.com (2017)