Oleh pada 17 Jun 2019 kategori

Ayam percik adalah sebuah menu tradisional Melayu yang memiliki identitinya yang tersendiri. Ia memakai bermacam-macam bahan masakan Melayu asli.

Ayam percik sebenarnya bererti ayam tersebut akan dipercikkan dengan kuah percik ketika ia dibakar atas pemanggang arang. Dengan percikan kuah yang dibuat sepanjang proses membakar ayam tersebut, justeru rempah-rempah akan meresap dalam ayam.

Ini sekaligus akan menghasilkan rasa yang sedap dengan aroma asap salai dalam ayam tersebut. Kali ini kami akan berkongsikan pula resepi ayam percik negeri Terengganu.

Ayam Percik Terengganu

Bahan-bahan A:

  • Bawang merah (4 ulas)
  • Bawang putih (3 ulas)
  • Lengkuas (1 inci)
  • Halia (1 inci)
  • Kunyit hidup (1/2 inci)

Bahan-bahan B:

  • Ayam (1/2 ekor) - dipotong dua
  • Kelapa parut (1 biji)
  • Air asam jawa (3 sudu besar)
  • Cili kering (4 sudu besar) - dikisar
  • Serai (3 batang) - diketuk
  • Gula (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan A dan tumiskan ke dalam periuk tanpa minyak.
  2. Masukkan serai dan masak sehingga naik bau, kemudian masukkan santan dan cili kisar.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa, masukkan air asam jawa dan tunggu sehingga kuah masak. Ketepikan.
  4. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit pada ayam.
  5. Bakar ayam di dalam ketuhar selama 30 minit dengan suhu 200'C (api atas bawah).
  6. Selepas 30 minit, keluarkan ayam dari ketuhar. Dengan menggunakan serai, percikkan sedikit kuah pada ayam.
  7. Bakar semula ayam tersebut selama 45 minit dengan suhu yang sama.
  8. Apabila ayam telah dibakar, tuang kuah pada ayam dan siap untuk dihidang.

ayam percik terengganu 1

ayam percik terengganu 2

ayam percik terengganu 3

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. HasnieZa Nor [1, 2]

2. Dari Dapur AZLI RAZALI (azlirazali.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)