Ayam bakar merupakan sebuah menu yang tidak asing lagi di kalangan kita semua. Untuk mereka yang pertama kali mahu mencuba untuk membakar ayam, anda boleh menggunakan pemanggang ajaib kerana ia amat menjimatkan masa jika dibandingkan dengan ketuhar.
Ayam boleh diperap selama hampir 24 jam di bahagian rak tengah dalam peti sejuk. Setelah dibakar, isi ayam amat mesra dan terasa dengan rempah ratusnya.
Bagi menggantikan nasi, anda juga boleh membakar beberapa biji kentang. Selain itu, sampingannya iaitu coleslaw, daun salad dan kacang panggang juga menambahkan lagi rasa menu ini.
Ayam Bakar Ala Restoran Makanan Segera Terkenal
Bahan-bahan:
- Ayam (1 ekor)
- Sos tomato (120g)
- Sos cili (120g)
- Serbuk cili (1 sudu besar)
- Gula (2 sudu besar)
- Garam (1 sudu besar)
- Mentega (60g)
- Lada hitam (2 sudu besar)
- Bawang putih (2 ulas) - ditumbuk
- Minyak zaitun - jika ada
Cara-cara penyediaan:
1. Masak semua bahan kecuali ayam di atas kuali sehingga mentega cair.
2. Gunakan separuh dari sos dimasak tadi untuk memerap ayam. Perap ayam sekurang-kurangnya selama 4 jam.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 170'c. Tambah sedikit minyak zaitun pada ayam tadi.
4. Bakar ayam selama 30 minit atau sehingga masak, mengikut pada ketuhar masing-masing.
5. Apabila ayam telah masak, tuang baki sos tadi ke atas ayam dan siap untuk dihidang.
Ayam bakar dan nasi kerabu.
Ayam bakar dan kerabu perut. Kredit foto: Bazlina Hj Abdullah (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan group masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Sumber: