Kredit foto: Eda Arina & Syazlin Mansor (Gambar bukan menggunakan resepi di bawah)
Paprik ayam merupakan menu yang cukup senang untuk dibuat kerana anda tidak perlu memasak menu tambahan lain. Serba-serbi cukup hasil gabungan sayur-sayuran dan ayam.
Paprik ayam memang sedap dimakan dengan nasi panas sewaktu cuaca hujan. Ditambah pula dengan baunya yang harum, memang tergoda dibuatnya.
Selepas ini, anda tidak perlu berhabisan duit beli di kedai. Ia cukup mudah untuk memasak paprik yang lazat sehingga menjilat ibu jari.
Bahan tumis:
- 2 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
- halia (dihiris)
- 2 batang serai (dititik)
- 4 biji cili padi (ditumbuk sedas)
- 5 helai daun limau purut
Tumis semua bahan-bahan ini sekali dalam kuali. Pakai sahaja minyak lebihan goreng ayam tersebut.
Cara penyediaan:
1. Untuk sos, gunakan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Agak-agaklah berapa banyak. Pemilik resepi lebihkan sos tomato.
2. Untuk sayur, boleh gunakan lobak merah, bunga kubis, kacang panjang atau kacang buncis, tomato dan lain-lain.
3. Sebelum itu, goreng ayam yang telah dipotong dadu. Gaul dengan garam, kunyit, tepung jagung 1 sudu besar dan sedikit serbuk perencah 3 rasa. Goreng garing dan angkat.
4. Garam atau gula tidak diletak kerana sos tomato cili tiram sudah cukup perasa.
5. Tumis dahulu bahan-bahan tumis dan masukkan sos. Masukkan sedikit air untuk balance dan ada kuah. Kalau tidak, pekat sangat. Setelah menggelegak, masukkan sayur dan ayam. Jangan masak terlalu lama sayur-sayur tersebut.
Jom follow Instagram @moms_muffin
Paprik ayam versi Kelantan
Kredit foto: Norain Raudin & LiniEy Shafik (Gambar bukan menggunakan resepi di bawah)
Bahan-bahan:
- ayam dipotong kecil
- 4/5 batang serai*
- 1 inci halia*
- 1 inci belacan*
- 7 biji cili api/burung*
- bawang besar (1)*
- bawang merah (2)*
- bawang putih (3)*
- 2 sudu kecil serbuk kunyit*
- 1 keping asam gelugur
- 4 helai daun limau purut
Kisarkan bahan yang bertanda *
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan yang dikisarkan tadi.
2. Tumiskan sehingga pecah minyak. Masukkan isi ayam dan gaul rata.
3. Tambahkan sedikit air untuk buat ayam masak. Biarkan seketika.
4. Boleh tambahkan terung atau kacang panjang jika suka.
5. Masukkan daun limau purut. Perasakan dengan bahan perasa. Tunggu sehingga kuah agak-agak hendak kering.
6. Tutup api dan boleh dihidangkan.
Paprik versi ayam goreng
Kredit foto: Cik Ma
Bahan-bahan:
- isi ayam digoreng seperti biasa (kunyit dan garam)
- bawang merah kecil dan bawang putih (ditumbuk/dihiris)
- sos tiram
- sos cili
- cili boh
- gula dan garam
- air secukupnya
- kacang panjang
- bunga kobis
- bawang besar (untuk hiasan)
- lobak merah
- daun limau purut
- serai
- cili padi dihiris (jika suka)
Cara penyediaan:
Tumis bahan-bahan tadi seperti biasa. Masukkan ayam dan air secukupnya untuk kuah.
Kredit foto: Nor Chu & Angah Noor Hasrizza (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)
Sumber: