Kredit foto: Instagram Hael Husaini
Komposer dan penyanyi lagu Jampi, Hael Husaini akui menjalinkan hubungan istimewa dengan penyanyi Nabila Razali.
Begitupun ia bukanlah bermakna mereka sedang bercinta.
Pemilik nama penuh Hal Husaini Razmi berusia 31 tahun ini menyifatkan pelantun Pematah Hati itu sebagai antara individu paling rapat dengannya dalam dunia seni.
Mereka yang sama-sama mencipta nama sebagai pelajar Akademi Fantasia (AF) 2013 ini tidaklah sampai ke tahap bercinta, sebaliknya Hael berharap perjalanan karier mereka akan terus berkembang di masa hadapan.
Kredit foto: Instagram Hael Husaini
“Saya dan Nabila adalah antara sahabat yang sangat rapat dalam industri. Kami sentiasa berkongsi apa juga pengalaman dalam industi dan saya sangat kagum dengan semangatnya yang tidak berputus-asa.
“Keserasian antara kami sangat kuat memandangkan bermula dari bawah. Tapi saya harus puji usahanya yang tidak jemu berusaha membina namanya," kata Hael menurut portal Harian Metro.
Sementara itu, pemilik trofi Juara Lagu pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 ini mengatakan ada peminat yang mengusik kononnya jodoh beliau dengan Nabila kuat kerana mempunyai wajah seiras.
Hael yang tidak mengambil serius kata-kata itu, hanya menganggap Nabila tidak lebih daripada sekadar rakan.
Kredit foto: Instagram Hael Husaini
“Ramai juga mengatakan jodoh antara kami kuat disebabkan muka kami ada iras-iras tapi saya ambil itu sebagai usikan saja. Saya sangat menghargai persahabatan kami dan tidak anggap hubungan itu lebih daripada seorang kawan,” ujarnya.
Beliau yang pernah bersama Azhar menganggotai kumpulan duo, Azhael, berkata, fokusnya kini adalah untuk membina nama dalam industri hiburan ketika dirinya masih 'panas', sekaligus melupakan seketika soal cinta.
“Saya ‘haramkan’ seketika hati daripada bercinta buat masa ini.
"Terlalu banyak masih perlu saya fokus untuk karier muzik dan tiada lain di fikiran sekarang selain mahu terus kukuhkan nama,” katanya.