Oleh pada 20 May 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @dayangsayangkamu

       

Sebelum ini, kekerapan penampilan secara bersama antara penyanyi Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini menguatkan gosip di kalangan peminat, kononnya mereka bercinta.

Namun, Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 38, akhirnya menjelaskan keakraban hubungan dengan penyanyi Hajat itu hanyalah kerana keselesaan mereka sebagai rakan duet.

"Biasalah peminat suka lihat saya dan Hael sebab kami selalu bersama. Sejujurnya, saya selesa dengan dia tapi sebagai rakan duet.

"Saya rasa senang bekerjasama dengan Hael. Dia seorang yang sangat berbakat dan kami pun serasi apabila berduet.

"Tapi soal jodoh tu susah nak cakap, tapi bagi saya dia memang seorang rakan duet yang saya selesa," katanya kepada portal Mstar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Lelaki Teragung ini mengakui belum mempunyai sebarang perancangan duet terbaharu dengan Hael buat masa ini kerana ingin memberi tumpuan kepada kerjaya solonya.

     

dayang nurfaizah dedah status hubungan dengan hael husaini 2

Kredit foto: Instagram @dayangsayangkamu

       

"Buat masa sekarang, tak ada perancangan lagi kerana saya rasa nak lebih fokus pada solo dahulu.

"Tapi pada masa hadapan, apa salahnya. Bagi saya, lagu Haram itu sendiri banyak memberi kenangan kepada saya.

"Ia memberi pencapaian terbaik dalam karier saya dan kalau ada lagi lagu duet, kena tengok mana yang sesuai," katanya.

Terdahulu, gandingan nyanyian Dayang dan Hael dalam 'Haram' membuatkan peminat ingin melihat keserasian mereka berlanjutan hingga ke luar lagu.

        

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)