Kredit foto: dharian.com

Pemenang utama Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32), penyanyi Hael Husaini kembali mengatur beberapa strategi baru dalam karier seninya.

Dalam kiriman laman sosial pengurus beliau, Taufix Jarros mendedahkan pemilik nama sebenar Hal Husaini Razmi, 31, itu bakal mengadakan siri jelajah di Dewan Sri Aman, Kemaman, Terengganu.

Ia bakal berterusan di Maeps, Serdang pada 24 Februari, Stadium Darul Aman (25 Februari), RTM - Kuala Terengganu (2 Mac), Paradigm Mall (3 Mac), Event Square, Downtown East, Singapura (4 Mac).

Diikuti Masjid Tanah pada 17 Mac, diikuti, Aeon Seremban 2 (23 Mac), Angsana Johor Bahru (24 Mac), dan Mesra Mall, Kemaman (30 Mac).

Mengenai rakaman lagu, Hael bakal terbit dengan single kedua berjudul Haram, sekitar Mac ini.

Malah, beliau baru sahaja selesai menyiapkan rakaman single terkini penyanyi Stacy dan Ayda Jebat.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)