Oleh pada 11 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Miyyo Rizone

Sebelum ini kita telah digemparkan dengan kehadiran jejaka Kelantan yang memiliki rupa paras seiras karakter anime Final Fantasy.

Lelaki yang dikenali sebagai Miyyo Rizone itu mendakwa telah berhabis RM200,000 dalam beberapa siri pembedahan yang mana dua daripadanya dilakukan di luar negara.

Bagaimanapun, baru-baru ini seorang wanita yang merupakan kenalan Miyyo iaitu Bella Barbie telah membuat pendedahan tergempar berkenaan identiti sebenar Miyyo.

Pendedahan yang dibuat menerusi akaun Facebooknya itu menceritakan bagaimana Miyyo telah menipu rakyat Malaysia berhubung nama dan wajahnya.

Dakwa Bella, nama sebenar Miyyo bukanlah seperti yang diwar-warkannya, malahan wajah yang dipaparkan di media sosial juga adalah palsu.

rakan dedah miyyo rizone penipu jejaka anime sebenarnya tidak wujud 2

Kredit foto: koleksiviral.com

Saya ingin membongkarkan kisah benar berkenaan lelaki Melayu berwajah anime sebenarnya tidak wujud. Nama sebenarnya ialah Muhammad Syahrizal Ikhwan Musa dan bukannya Amirul Rizwan seperti yang diakui oleh dirinya sendiri melalui temuramah bersama sebuah radio tempatan. Seperti yang kita tahu Miyyo enggan ditemuramah secara langsung dari mana-mana media kerana fizikal berperwatakan anime yang sedang viral berlainan dengan fizikalnya yang sebenar. Miyyo menggunakan aplikasi Camera 360 dan Beauty Plus untuk menukar muka menyerupai watak anime.

Sumber: Facebook Bella Barbie

Malah, Bella turut mendakwa kos pembedahan Miyyo barangkali tidak mencecah sehingga RM200,000 seperti yang dihebohkan, kerana pembedahan wajah di Thailand biasanya hanyalah sekitar RM1,000 sahaja.

Sejauh mana kebenaran kenyataan Bella tidak pula kami ketahui kerana terdapat sesetengah netizen yang mengecam Bella sebagai sengaja tampil untuk mendapatkan publisiti melalui cerita yang diada-adakan.

Malah Miyyo juga telah memuat naik sebuah video baru di Instagramnya sebagai bukti foto wajah yang disebarkannya selama ini adalah benar dan bukan disunting.

Ini videonya.  




Hakcipta iluminasi.com (2017)