Oleh pada 31 Jul 2017 kategori

Kredit foto: engkumuzahadin.blogspot.com & Facebook Allana Amir

Nampaknya kisah perang rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah yang mana turut melibatkan pelakon baru Afifah Nasir menjadi bertambah hangat apabila sebuah lagi kenyataan dikeluarkan oleh kawan kepada Afifah iaitu Allana Amir.

Allana yang juga merupakan pelakon baru dalam sebuah pendedahannya di laman Facebook mendakwa terdapat salah faham dalam kes tersebut.

Allana memuat naik gambar perbualannya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Nadiah Mohamad.

isu rumah tangga aliff aziz rakan afifah nasir tampil dedah kisah sebenar di bilik karaoke 2

Kredit foto: Facebook Allana Amir

Menerusi perbualan itu, Nadiah menafikan Aliff mencederakan Bella kerana telefon bimbit isterinya sebenarnya dicampakkan ke sofa dan bukanlah ke wajah Bella.

Malah Bella juga didakwa telah mengakui hal berkenaan.

Selain itu Nadiah menggelarkan Bella sebagai seorang isteri yang suka mengongkong hingga tidak membenarkan Aliff berlakon. 

isu rumah tangga aliff aziz rakan afifah nasir tampil dedah kisah sebenar di bilik karaoke 3

isu rumah tangga aliff aziz rakan afifah nasir tampil dedah kisah sebenar di bilik karaoke 4

isu rumah tangga aliff aziz rakan afifah nasir tampil dedah kisah sebenar di bilik karaoke 5

isu rumah tangga aliff aziz rakan afifah nasir tampil dedah kisah sebenar di bilik karaoke 6

Kredit foto: Facebook Allana Amir

Bagaimanapun menerusi ruangan komen kiriman Allana nyata tidak menjejaskan sokongan netizen terhadap Bella.

Ini kerana ramai yang mempersoalkan tentang pertemuan Aliff dan Afifah di bilik karaoke sambil berpegangan tangan sama sekali tidak melambangkan Aliff sebagai seorang suami yang baik.

Malah segala kenyataan yang dikeluarkan menerusi perbualan tersebut hanyalah omong kosong tanpa sebarang bukti. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)