Oleh pada 26 Oct 2018 kategori

Umat Islam yang melakukan dosa, haruslah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah S.W.T tidak kiralah apa jua dosa yang dilakukan termasuklah dosa syirik, dosa zina dan lain-lain dosa dilakukan. Walaupun dosa syirik dikatakan tidak diampunkan Allah, namun muslim yang baik, seharusnya sedar akan kesilapan yang dilakukan dan bertaubat agar tidak lagi mengulangi kesilapan itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dari segi bahasa perkataan taubat berasal dari kata تَوَبَ yang bermakna kembali atau mengembalikan. Sekiranya dikatakan sifulan itu bertaubat, beerti sifulan telah berpaling dari dosa dan menarik dirinya dari dosa yang dilakukan itu. Taubat sebenar-benarnya adalah kembali kepada syarikat agama dan suruhan Allah dengan melepaskan diri dari belengu dosa itu dan berjanji tidak akan lagi mengulangi kesilapan atau dosa yang pernah dilakukan.

Syarat-Syarat Taubat Yang Sebenarnya

1. Perlu bertaubat dengan perasaan yang tulus Ikhlas. Sebagai pendorong perasaan cinta kepada Allah, menambah perasaan agungkan Allah, mengharapkan kasih sayang-Nya, dan takutkan azab (neraka) Allah. Tidak boleh bertaubat semata-mata ingin dipandang tinggi manusia lain.

2. Disusuli perasaan menyesal yang amat sangat dan tekad tidak akan mengulangi kesilapan, dosa atau perbuatan yang lalu. Pada masa sama berlandaskan tauhid dan pegangan aqidah yang jitu. (Kefahaman aqidah juga sangat penting)

dalil taubat tak diterima

3. Terus meninggalkan kemaksiatan dan terus melakukan suruhan Allah. Contohnya sekiranya sifulan pernah minum arak atau berzina, terus berhenti dan bertaubat. Manakala sekiranya sifulan selalu melengahkan solat, terus cepat-cepat mendirikan solat disertai taubat.

4. Dilakukan pada tempoh masa tertentu sahaja. Contohnya ketika sifulan masih hidup. Taubat perlu dilakukan ketika masih hidup. Sekiranya sudah mati, taubat sudah tidak berguna dan diterima lagi. Juga ketika mana matahari sudah terbit dari sebelah barat, maka taubat sesiapa pun tidak akan diterima.

cara dan panduan solat taubat 614

Keutamaan Untuk Bertaubat Atau Melakukan Solat Taubat

Allah sentiasa membuka pintu harapan dan kemaafan kepada seluruh hambanya. Berdoalah supaya dosa digugurkan, aib kita semua ditutupi dan taubat kita diterima dengan rahmat-Nya. Pintu taubat Allah tidak pernah tertutup mahupun berkunci.

allah sentiasa menerima taubat panduan solat

Ayat di atas menceritakan bahawa sesiapa jua yang memohon ampun dan bertaubat kepada Allah, Allah akan mengampunkan mereka dan menerima taubatnya.

Tanda-Tanda Taubat Anda Diterima Allah S.W.T

  1. Hati terasa tenteram dan berjiwa tenang.
  2. Lebih suka mendekati orang yang bersyariat atau orang soleh.
  3. Lebih banyak menghabiskan masa beribadah kepada Allah.
  4. Sentiasa dan lebih banyak perasaan bersyukur dalam diri.
  5. Akhlak lebih cantik. Dari buruk bertukar kepada baik.
  6. Perasaan suka bersedekah dan tidak berat memberi.
  7. Sentiasa menjaga penampilan, kebersihan dan aurat.
  8. Sentiasa menjaga tuturkata dan mengucap ucapan yang baik sahaja.
  9. Tidak merasakan diri baik dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.

Cara Serta Panduan Solat Sunat Taubat

Panduan ini adalah cara dalam melakukan solat taubat atau sembahyang taubat berdasarkan atau mengikut riwayat-riwayat yang sahih daripada Nabi Muhammad S.A.W. Pertama sekali, bagi individu yang ingin bertaubat dan ingin mengerjakan solat taubat perlulah mengikuti langkah-langkah ini :

1. Berwuduk / Mengambil Air Sembahyang

Dalam erti kata lain dengan meraikan perkara-perkara wajib dan sunat ketika wuduk. Sebahagian ulama lain menterjemahkan perkataan bersuci di dalam hadis tersebut sebagai mandi, dan mandi dengan air yang sejuk itu adalah lebih sempurna. Ini berlandaskan hadis Rasulullah S.A.W:

dalil panduan dan cara solat taubat

2. Menunaikan solat dua rakaat.

lafaz niat solat taubat

Sebenarnya solat taubat tidak disebutkan dalam hadis. Namun Inilah yang masyarakat kita namakan sebagai solat sunat taubat. Tidak ada masalah mengamalkannya.

Manakala berkenaan apakah yang perlu dibaca di dalam solat, terdapat sebuah riwayat daripada Ibn Al-Sunni yang mengatakan supaya dibaca surah Al-Kafirun dan juga surah Al-Ikhlas. Dalilnya ada dalam Surah Ali-Imraan ayat ke-135 dan dalil berikut :

dalil solat taubat 2 rakaat

3. Beristighfar Kepada Allah S.W.T

Setelah anda selesai menunaikan solat sunat taubat, anda hendaklah memperbanyakkan istighfar kepada Allah S.W.T. Kami (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan) berpandangan bahawa hal ini adalah berdasarkan dalil firman Allah S.W.T iaitu  :

dalil berkaitan istighfar dalam solat sunat taubat

Istighfar dilakukan dengan hanya melafazkan atau mengucapkan ucapan ‘’Astaghfirullah’’, "Astaghfirullahal'azim" ataupun istighfar dalam ertikata lain adalah bertaubat kepada Allah S.W.T. Iaitu keadaan seseorang yang sangat menyesal dengan kesilapan dan terhadap maksiat yang dilakukannya sebelum ini, berhenti serta-merta dari melakukannya, serta bertekad dan berazam untuk tidak mengulanginya kembali buat selama-lamanya.

Glosari Tambahan Panduan Solat Taubat

istighfar taubat 1

istighfar taubat tauhid 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)