Kredit foto: Instagram Hael Husaini
Penyanyi Jampi, Hael Husaini mendedahkan dia mempunyai sebab tertentu mengapa sering tampil berkaca mata hitam di khalayak.
Kata Hal Husaini Razmi atau Hael, 31, dia tidak tertekan untuk membawa imej itu setiap kali kemunculan menyanyi di pentas.
"Sejujurnya saya tidak mempunyai masalah nak pakai cermin mata hitam atau tidak ketika berada di atas pentas," katanya.
Namun reaksi rata-rata peminat mengatakan beliau kelihatan janggal tanpa aksesori berkenaan.
Kredit foto: Instagram Hael Husaini
"Tapi bila saya tak pakai cermin mata hitam masa buat persembahan, ramai pula yang cakap mereka nampak janggal tengok saya.
"Mungkin mereka sudah biasa lihat saya menggayakan aksesori itu ketika menyanyi," katanya.
Sudahnya, gaya itu kekal menjadi imej dan identiti yang sebati dengan dirinya sebagai seorang penghibur.
"Jadi disebabkan itu saya mengambil keputusan untuk terus kekal dengan imej itu ketika mengadakan persembahan sehingga sekarang," katanya.
Hael membuat kenyataan tersebut di malam Anugerah Digital Muzik Era 2018 yang berlangsung di Galaxy Banquet Hall Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada majlis itu, beliau dinobatkan sebagai pemenang kategori Lagu Viral ERA menerusi Jampi sekaligus menewaskan empat lagu popular lain iaitu Pematah Hati, Sabar, Senyum dan Pertama Kali
Sumber berita: Astro Gempak