Kredit foto: Instagram Hael Husaini

Penyanyi Hael Husaini tiada perancangan untuk menambah anak angkat buat masa ini.

Ujar Hael atau Hal Husaini Razmi, fokusnya kini lebih diberikan kepada proses pembesaran puteri sulung, Helena yang baru mencecah usia enam bulan.

"Saya tiada perancangan untuk mengambil anak angkat lagi tetapi andai kata ada rezeki selepas ini saya tidak akan tolak.

"Berkongsi rezeki dengan orang lain tak rugi apa-apa pun," katanya menurut laporan portal Astro Gempak.

Hael membuat kenyataan tersebut di majlis sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik 32 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyanyi ini menganggap kehadiran Helena telah mengubah dirinya secara menyeluruh.

Akuinya, dia merasai kematangan dalam pelbagai sudut.

nur helena banyak mengubah hidup saya hael husaini 2

Kredit foto: Instagram Hael Husaini

"Helena banyak mengubah hidup saya menjadi orang yang lebih matang dalam segala aspek. Tahun 2017 merupakan tahun rezeki berganda saya.

"Alhamdulillah urusan saya dipermudahkan dan perjalanan membesarkan Helena senang.

"Hidup saya, kerja saya segalanya untuk Helena. Perlahan-lahan saya belajar dan diajar oleh keluarga untuk membesarkannya," katanya lagi.

Menerusi peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 32, penyanyi yang mempetaruhkan lagu Jampi ini bakal dicabar 29 calon lain merebut tempat ke pentas Anugerah Juara Lagu 32.

Antaranya termasuk Lebih Sempurna (Syamel), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli), Menahan Rindu (Wany Hasrita) dan Terus Mencintai (Siti Nordiana). 

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)