Penulisan ini ditulis Dr. Muhammad Izzat di laman Facebook beliau dan pihak iluminasi mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama. Penulisan ini telah disunting bagi memudahkan pembacaan.

Darah ibu mengandung lebih pekat

Darah ibu mengandung Allah jadikan lebih pekat dari biasa, dan secara normal nya darah ibu ini senang nak membeku untuk menyediakan ibu utk proses bersalin - kalau berlaku pendarahan yang banyak, badan sudah bersedia mengurangkan pendarahan dengan cepat mengaktifkan sistem pembekuan darah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Rahim yang makin membesar yang mengandungi bayi akan menekan saluran darah utama di dalam badan ibu mengandung menyebabkan aliran darah kurang lancar dan tersekat-sekat.

Lebih berisiko darah beku ketika berpantang

pulmonary embolism pembunuh ibu melayu 2

Apabila pengaliran darah kurang lancar ditambah pula dengan sifat semulajadi darah ibu yang senang beku, maka fenomena thrombosis / darah beku sangat senang terjadi. Masalah darah senang membeku ini 5 KALI GANDA masa berpantang, jika dibandingkan ketika mengandung.

Hal yang demikian kerana terdapat perubahan komposisi air lepas bersalin menyebabkan darah LAGI PEKAT, risiko meningkat lebih-lebih lagi pada 3 minggu pertama lepas bersalin.

Apa itu Pulmonary Embolims?

Kebiasaannya, darah beku akan terbentuk di saluran darah kaki dahulu. Apabila darah beku berkumpul dengan lebih banyak di bahagian kaki sekaligus menyebabkan keadaan Deep Vein Thrombosis.

pulmonary embolism pembunuh ibu melayu 3

Ibu mengalami bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. Sekiranya masalah ini tidak dikenal pasti dan rawatan diberikan segera, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah kepada cebisan kecil pada bila-bila masa bergerak ke peredaran darah peparu.

Ini akan menyebabkan saluran darah peparu tersumbat yang dinamakan pulmonary embolism, boleh membawa MAUT .

Faktor peningkatan peluang berlaku darah beku

Nombor dalam kurungan memberitahu skor yang diberikan pada ibu jika ada faktor tersebut.

  1. Ibu pernah ada darah beku masa kehamilan sebelumnya (4)
  2. Umur ibu 36 tahun dan ke atas (1)
  3. Obesiti ( 1 atau 2 )
  4. Anak sudah lebih 3 orang (1)
  5. Merokok (1)
  6. Urat-Urat timbul pada kaki (1)
  7. Pre-eclampsia (1)
  8. Kehamilan kembar 2 atau 3 (1)
  9. Pembedahan Caeserean secara kecemasan (2)
  10. Pembedahan Caeserean secara elektif (1)
  11. Kelahiran guna Forceps (1)
  12. Proses bersalin yang panjang ( lebih 24 jam) (1)
  13. Tumpah Darah ( lebih 1 liter ) (1)
  14. Kelahiran pramatang kurang 37 minggu (1)
  15. Kelahiran mati (1)
  16. Sebarang prosedur yang dibuat ketika mengandung (kecuali repair koyakkan bersalin) - operation buang appendix (3)
  17. Muntah-muntah teruk masa hamil (3)
  18. Ibu ada jangkitan kuman teruk (1)
  19. Ibu tak gerak2, kekeringan tak minum air (1)

Jika di tambah nombor-nombor dalamm kurungan dan mendapat skor 4 atau lebih, ibu perlu dimulakan ubat mencegah darah beku sejak AWAL MENGANDUNG.

Jika skor 3, ubat mencegah darah beku dimulakan pada 28 MINGGU KEHAMILAN.

Jika skor 2, ubat mencegah darah beku dimulakan LEPAS bersalin selama 10 HARI. 

Pulmonary Embolism paling kerap berlaku kepada ibu Melayu

Untuk makluman semua, IBU MELAYU yang meninggal akibat pulmonary Embolism ini adalah PALING TINGGI jika dibandingkan kaum-kaum utama di Malaysia. Kenapa? 

Takda jawapan lagi untuk menerangkan keadaan ini.

Berdasarkan analisis, ibu-ibu Melayu lebih Obes dari kaum lain, dan MAJORITI (bukan semua) mengamalkan pantang larang adat Melayu yang mana menegah IBU berpantang supaya tidak minum air yang mencukupi ketika berpantang, kena banyak berehat dan baring saja dan dilarang berjalan sana sini atau bergiat aktif kerana timbulnya fahaman ‘BENTAN’

Satu lagi, ibu melayu kebanyakkan tidak mendengar nasihat doktor untuk mengambil suntikan mencegah darah beku - Enoxaparin/Clexane kerana dikhuathiri kandungan DNA khinzir di dalamnya.

Ada ibu dengan angkuhnya bercakap pada saya - "Ala masa zaman mak-mak beranak dulu takde pun bagi injection bagai ni. Hidup je!"

Perlu diterangkan disini, walaupun Enoxaparin/Clexane mengandungi DNA khinzir yang sangat sedikit, penggunaan clexane telah difatwakan dibenarkan utk tujuan perubatan kerana :

  1. Tiada ubat lain setanding enoxaparin/Clexane untuk mencegah darah beku pada ibu hamil
  2. Suntikan heparin tidak memberikan kesan yang berkesan seperti enoxaparin/clexane, lebih-lebih lagi untuk ibu yang beratnya lebih 90kg. Kalau nak juga beri heparin, suntikan nya adalah 2 kali sehari, berbanding clexane yang diberi hanya sehari sekali
  3. Arixtra/Fondaparinux adalah sangat mahal. Arixtra tidak mempunyai kajian yang cukup untuk penggunaan terhadap ibu hamil - tak boleh nak ckp selamat atau tak untuk ibu hamil. Sebahagian kecil ubat arixtra akan keluar dalam susu ibu dan boleh mmbahayakan bayi yang menyusu ibu.

Jadi dah jelas ?

Ingat, dalam 100 kematian ibu di Malaysia, 60 kematian disebabkan oleh pulmonary embolism. Allah suruh ikhtiar dan ikhtiar, bukan dok diam berpeluk tubuh, tunggu maut datang menjemput. Pastu salahkan takdir. 

Berhenti menzalimi diri sendiri.




Hakcipta iluminasi.com (2017)