Menurut beberapa kajian universiti, didapati bahawa lelaki pada amnya lebih tertarik kepada wanita yang memiliki mata yang lebih besar.

Daya tarikan mata yang lebih besar nampaknya telah menyebabkan berkembangnya satu trend terutamanya di Asia di mana wanita menggunakan kosmetik dan kanta lekap untuk menghasilkan ilusi mata yang lebih besar.

Malah, ramai yang telah mengubah mata secara kekal melalui pembedahan kosmetik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mengapa lelaki lebih tertarik kepada mata yang lebih besar?

wanita mata besar

Terdapat dua sebab yang berbeza bagi persoalan ini. 

Yang pertama adalah mata yang lebih besar (termasuk bibir tebal, buah dada besar dan dagu kecil) adalah tanda kepada tahap hormon estrogen yang lebih tinggi.

Wanita yang mempunyai tahap estrogen yang lebih tinggi akan lebih berjaya dan lebih mudah hamil berbanding wanita dengan tahap estrogen yang lebih rendah.

Ini bermakna wanita yang memiliki mata yang lebih besar dilihat sebagai "pasangan" yang lebih baik.

Dan sebab kedua adalah saiz mata yang besar adalah satu ciri neotenous.

Ciri neotenous

syasya solero mata besar

Neotenous membawa maksud pengekalan ciri-ciri remaja pada spesies dewasa. 

Ciri neotenous adalah satu ciri-ciri muda yang dikongsi oleh bayi dan kanak-kanak, yang merupakan ciri yang dapat menarik pasangan berkualiti dengan "dorongan pelindung dan pengasuhan".

Pasangan yang mempunyai dorongan pelindung dan pengasuhan lebih cenderung membantu membesarkan keturunan mereka dan meningkatkan kejayaan pembiakan.

Oleh kerana saiz mata manusia tidak bertambah sepanjang perkembangannya berbanding dengan bahagian badan yang lain, maka ukuran mata relatif terhadap wajah menurun apabila kita membesar.

Pendek kata, mata kita akan kelihatan semakin kecil apabila usia semakin bertambah.

Ini bermakna bayi mempunyai mata yang lebih besar berbanding dengan kanak-kanak dan orang dewasa. Akibatnya, orang yang mempunyai mata besar sering dianggap lebih muda daripada usia sebenar mereka.

Oleh kerana keremajaan pasangan juga dilihatkan sebagai tanda kesuburan, maka lelaki lebih cenderung untuk suka kepada wanita dengan ciri-ciri neotenous, seperti mata besar.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah bermakna bahawa lelaki ingin mengawan dengan bayi dan kanak-kanak, yang mana sangat tidak sesuai kerana tidak subur.

Jadi, mengapa biasanya lelaki lebih sukakan wanita yang kelihatan seperti bayi, atau babyface?

Pemilihan seksual

burung merak

Hal ini berkaitan dengan evolusi yang dikenali sebagai "Fisherian runaway selection".

Pemilihan Fisherian mencadangkan bahawa apabila satu jantina (dalam kes ini lelaki) lebih memilih pasangan dengan ciri-ciri genetik tertentu, maka melalui proses pemilihan seksual, jantina bertentangan (dalam kes ini wanita) akan memiliki ciri-ciri tersebut dalam bentuk yang semakin ditokok-tambah atau dibesar-besarkan.

Proses ini dipanggil sebagai "runaway" kerana dari masa ke masa, ia akan menyebabkan peningkatan keutamaan yang lebih tinggi dan sifat-sifat yang lebih ketara, sehinggakan keperluan untuk menghasilkan sifat itu mengimbangi faedah untuk memilikinya.

Contoh yang sempurna dalam kes ini adalah ekor burung merak.

Ekor burung merak memerlukan tenaga yang banyak untuk tumbuh dan dikekalkan, sekaligus mengurangkan ketangkasan burung tersebut dan memudahkan pemangsa melihatnya.

Namun, ia telah berkembang sehingga menunjukkan bahawa burung merak dengan ekor yang lebih panjang dan besar mempunyai beberapa kelebihan.

Proses yang sama memainkan peranan dalam pemilihan lelaki terhadap wanita yang mempunyai ciri-ciri neotenous.

Rujukan:

1. Science Direct

2. Evolutionary Psychological Science

3. Researchgate




Hakcipta iluminasi.com (2017)