Penulisan ini ditulis Dr. Muhammad Izzat, seorang Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi, di laman Facebook beliau dan pihak iluminasi telah mendapat kebenaran mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama.
Isteri : "Apsal doktor ni, tak abes-abes menyusahkan jer ! datang follow up je nak air kencing, datang follow up je pegi suruh kencing dalam botol ni. kalau tak kencing tak boleh ke?? Ini nak masuk toilet pun beratur panjang"
Suami : "Alahhhh... awak ikut je lah ape doktor tu nak"
Isteri : "Abang faham tak? Saya ni bukannya ada kencing kotor. kalau tak sakit tak payah la sibuk-sibuk nak check. Kencing saya pun jernih jer macam air paip, tak tahu la kenapa doktor tu sibuk sangat nak tengok air kencing!"
BESARKAN TEKS A- A+
'Menyusahkan' - itulah kata-kata kekecewaan yang diluahkan oleh ibu muda tersebut. Ternyata perkataan itu amatlah menyakitkan dan pahit untuk ditelan, namun yang demikian penggunaan nya sangat tidak tepat dalam konteks ini.
Betul ke pemeriksaan air kencing secara berkala ini sebenarnya memang menyusahkan ibu? Adakah kencing kotor ini bermakna air kencing berkeladak dan mempunyai sampah sarap, seperti dakwaan ibu muda tersebut?
Jom ikuti penerangan saya mengenai kencing kotor ketika hamil.
Kenapa wanita hamil cenderung kena kencing kotor?
1. Ketika hamil, banyak perubahan fisiologi yang berlaku dalam badan ibu, lebih-lebih lagi pada sistem perkumuhan air kencing yang menyebabkan si ibu senang untuk mendapat jangkitan pada salur kencing.
2. Isipadu pundi kencing bertambah dan otot-otot pada pundi kencing menjadi kurang tegang. 90% ibu mengalami perkembangan pada salur ureter disebabkan tindakan hormon progesteron yang tinggi ketika hamil.
Tekanan daripada rahim yang membesar juga menyebabkan pengaliran air kencing menjadi perlahan sekaligus memudahkan bakteria terkumpul dan bermulalah jangkitan pada salur kencing.
3. 70% ibu mengandung pula mempunyai gula dan protein dalam air kencing, memudahkan bakteria berkembang dan memulakan jangkitan pada salur kencing.
4. Apabila melakukan hubungan kelamin ketika hamil, salur kencing uretra terkadang tercedera menyebabkan bakteria dari faraj memasuki salur kencing .
5. Faraj boleh menjadi tempat takungan bakteria dari salur pencernaan kerana kedudukannya yang rapat dengan rektum dan usus besar.
Jadi, bakteria dari rektum atau usus besar ini boleh memasuki salur kencing melalui urethra yang telah tercedera.
6. Umur ibu yang meningkat, meningkatkan kemungkinan untuk mendapat kencing kotor juga .
7. Ketidaknormalan pada sistem perkumuhan air kencing, atau ibu mempunyai penyakit kencing manis menyebabkan lagi senang untuk dapat kencing kotor ini .
Apa akan berlaku jika kencing kotor tidak dirawat?
- Saiz bayi kecil ( Low birth weight ) berat bayi kurang 2.5kg .
- Bayi lahir tak cukup bulan/pramatang (kurang 37 minggu)
- Ibu boleh mengalami masalah darah tinggi ketika hamil/ pre-eclampsia .
- Anemia (kekurangan sel darah merah yang membawa oksigen untuk ibu).
- Jangkitan pada air mentuban bayi (chorioamniotis) .
Yang prihatin terhadap ibu-ibu hamil,
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak
Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi