Penulisan ini ditulis Dr Muhammad Izzat di laman Facebook beliau dan pihak iluminasi mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama. Penulisan ini telah disunting bagi memudahkan pembacaan.

Apa itu pra-eklampsia?

Pra-eklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan, dan ianya berlaku pada trimester kedua kehamilan lazimnya selepas 20 minggu kehamilan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Gejala ini berkaitan dengan tekanan darah yang tinggi, bengkak secara tiba-tiba dan penignkatan berat badan mendadak disebabkan pengumpulan air dalam tubuh serta kehadiran protein dalam air kencing.

Apakah yang menyebabkan komplikasi ini?

pra elampsia amaran bahaya sebelum sawan ketika hamil 2

Sehingga kini masih tidak diketahui apakah yang menyebabkan pra-eklampsia berlaku. Ketika pra-eklampsia berlaku, pengaliran darah ke uri menjadi berkurangan lantas membahayakan kandungan.

Malah, bayi akan terbantut tumbesarannya kerana kuantiti oksigen dan nutrien tidak sampai kepada bayi dengan cukup. Air mentuban juga akan menjadi kurang. Jika ini tumbesaran terbantut, kematian bayi secara mengejut boleh berlaku.

pra elampsia amaran bahaya sebelum sawan ketika hamil 4

Oleh itu, kehamilan dengan pra-eklampsia harus dipantau dari masa ke masa bagi mengesan bayi yang bakal mengalami masalah ini supaya tindakan segera boleh diambil bagi menyelamatkan bayi.

Mengapa perlu tahu mengenai pra-eklampsia?

pra elampsia amaran bahaya sebelum sawan ketika hamil 3

Pra-eklampsia sangat biasa berlaku di kalangan wanita hamil. Pra-eklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 kehamilan manakala eklampsia (sawan hamil) pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan pra-eklampsia akan mengalaminya.

Hampir separuh kes eklampsia, iaitu 44% berlaku selepas bersalin, dalam tempoh berpantang (postpartum). 

1 dalam 200 kehamilan (0.5%) akan mengalami pra-eklampsia yang serius ketika hamil. Gejala-gejala pra-eklampsia lazimnya ditunjukkan pada penghujung kehamilan, tetapi ada juga yang menujukkan gejala-gejala selepas bersalin.

Tanda-tanda pra-eklampsia

Antara tanda-tanda pra-eklampsia yang serius adalah : 

  1. Sakit kepala yang tidak dapat dilegakan oleh ubat tahan sakit
  2. Mata menjadi kabur
  3. Pedih pada ulu hati yang tidak dapat dilegakan oleh ubat-ubatan gastrik 
  4. Bengkak pada kaki dan muka yang makin bertambah
  5. Berasa tidak sihat

pra elampsia amaran bahaya sebelum sawan ketika hamil 5 21

Gejala-gejala ini adalah tanda-tanda amaran bahaya, dan memerlukan perhatian pihak hospital dengan kadar yang segera. Dalam pra-eklampsia yang serius ini, organ-organ penting di dalam badan seperti fungsi hati dan buah pinggang mungkin akan terjejas, sekaligus menjejaskan proses pembekuan darah yang normal di dalam badan.

Jika tidak dirawat, pra-eklampsia serius ini boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia di mana sawan boleh terjadi. Walaupun ianya jarang terjadi 1 dalam 4000 kehamilan, eklampsia memberikan komplikasi dan impak yang serius kepada ibu dan bayi, dan boleh membawa maut

Anda lebih cenderung untuk mendapat pra-eklampsia pada kehamilan pertama atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang terdahulu.

Risiko lebih mengalami pra-eklampsia

Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:

  1. Berusia 40 tahun atau lebih;
  2. Berat badan berlebihan ketika hamil, BMI 35 atau lebih. 
  3. Mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus,masalah buah pinggang, atau diabetes;
  4. kandungan kembar atau lebih;
  5. Mempunyai sejarah pra-eklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya;

Berbincang dengan doktor anda, tentang faktor-faktor yang anda ada. Setelah penilaian doktor, anda akan dinasihatkan memakan ubat aspirin 75mg sehari sekali dari pada awal kehamilan (12 minggu) sehingga bersalin untuk mengurangkan risiko anda mengalami pra-eklampsia. Suplemen kalsium juga akan turut dimulakan.

Tiada cara yang pasti 100 % untuk mencegah terjadinya pra-eklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi tidak dalam bahaya ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda.

Ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal pra-eklampsia.

Rawatan pra-eklampsia

  1. Jika tekanan darah naik secara sederhana: anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke uri. Anda mungkin diminta pergi ke klinik kesihatan setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda.
  2. Jika tekanan darah naik mendadak: anda akan diminta masuk ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau dengan rapi. Kadar tumbesaran bayi akan diperiksa. CTG (cardiotocography) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum.

Tujuannya ialah untuk memanjangkan tempoh kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang kepada bayi supaya tidak dilahirkan secara pramatang. Ubat untuk mengawal tekanan darah juga turut akan diberikan.

Anda juga akan diberikan suntikan ubat magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai pra-eklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh.

Anda akan dirawat di wad rawatan rapi untuk ibu mengandung. Doktor juga akan menilai sama anda anda perlu diberikan ubat untuk mematangkan peparu bayi, sekiranya perlu dilahirkan lebih awal.

Sekiranya tekanan darah anda sukar dikawal dengan ubat-ubatan, akan dicadangkan supaya anda supaya menjalani proses induksi (induction of labour) atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean.

Pra-eklampsia hanya akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih lagi berisiko sehingga empat minggu selepas bersalin, terutamanya jika pra-eklampsia anda itu serius atau dikenalpasti apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih.

Anda mungkin perlu meneruskan ubat untuk mengawal tekanan darah walaupun sudah bersalin.

Jika bayi dilahirkan kecil dan pramatang, bayi akan dipantau di unit rawatan rapi bayi sehingga bayi benar-benar sihat dan selamat untuk pulang. Tiada masalah untuk meneruskan penyusuan susu ibu

Segera dapatkan rawatan jika ada gejala-gejala pre eclampsia. Jangan tunggu




Hakcipta iluminasi.com (2017)