Video keletah dua orang kanak-kanak yang enter frame ketika sesi temu bual bapanya telah menjadi begitu popular dan viral di seluruh dunia. Kelmarin, BBC News sekali lagi telah menghubungi Prof. Robert Kelly untuk ditemubual.
Namun, kali ini suasana lebih santai, tidak berbicara tentang isu serius politik dan panggilan video itu disertai oleh kedua-dua superstar kecil pasangan ini.
BESARKAN TEKS A- A+
Dalam temu bual kali ini, Prof Kelly menjawab beberapa kemusykilan yang ditanyakan oleh para netizen semasa menonton video viral terbabit. Antaranya ialah, apakah yang sedang dilakukan oleh isterinya semasa kejadian dan adakah benar Prof Kelly hanya memakai seluar tidur atau tidak memakai seluar langsung semasa panggilan video itu dibuat.
Walau bagaimanapun, Prof Kelly juga mengaku bahawa pasangan ini berasa sangat tidak selesa apabila rata-rata netizen membuat tanggapan stereotaip terhadap wanita Asia dengan menyatakan wanita yang berlari dalam video itu adalah pembantu rumah Prof Kelly.
Apa yang boleh dipelajari dari video viral ini adalah para netizen perlu membuang sikap suka memberi penilaian double standard terhadap orang lain. Video itu diviralkan cuma untuk menyebarkan kegembiraan dan hiburan, bukan untuk membangkitkan isu perkauman atau apa-apa isu sensitif yang lain.