Oleh pada 12 Mar 2017 kategori

Seorang pakar sains politik, Profesor Robert E. Kelly baru-baru ini sedang ditemubual secara langsung dalam BBC News ketika dua orang anak serta isterinya meluncur masuk ke bilik. Insiden lucu itu terjadi semasa Prof Kelly sedang berbicara dengan serius tentang isu pemecatan isu Presiden Korea Selatan, Park Geun Hye.

Dalam masa sehari sahaja, video viral itu telah ditonton hampir 9 juta kali di Youtube.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Panggilan video itu dijalankan melalui Skype dari kediaman mereka di Busan. Apabila anak sulungnya yang memakai baju berwarna kuning terang masuk ke dalam bilik dengan penuh rasa gembira, pembaca berita telah memberitahu Prof Kelly "Saya rasa salah seorang anak anda baru sahaja masuk ke bilik."

inilah wajah si comel yang bertanggungjawab merempuh panggilan video bapanya

Ketika inilah keadaan menjadi bertambah lucu apabila Prof Kelly cuba menahan anaknya daripada datang hampir ke skrin komputer sambil menahan riak wajah serius.

Ia menjadi semakin kelakar apabila si adik pula merempuh masuk dengan baby walker sebelum ibu mereka datang bagaikan superhero cuba untuk menyelamatkan keadaan. Tonton sendiri video itu di sini:

Walaupun pintu telah selamat ditutup, bunyi tangisan anak-anak masih boleh kedengaran sehingga konsentrasi Prof Kelly agak terganggu hingga menyebabkan beliau tersasul dan keliru antara Korea Selatan dan Korea Utara. Walau bagaimanapun, beliau masih berjaya menghabiskan temu bual dengan tenang dan sangat profesional. Syabas Prof Kelly.

Dikatakan anak-anak itu menjadi teruja untuk masuk apabila mendengar Prof Kelly sedang membuat panggilan dan bercakap dengan seseorang. Mereka menyangka panggilan itu dibuat untuk bercakap dengan nenek.

Tapi terer betul Prof. Kelly ni. Katil pun dia boleh adjust bagi nampak macam meja. haha.




Hakcipta iluminasi.com (2017)