Kredit foto: Instagram Ogy Ahmad Daud
Ramai sedia maklum, pelakon Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra disapa Kak Ogy kini semakin aktif menyara kehidupannya dengan menjalankan perniagaan. Antara produk Kak Ogy yang menjadi tumpuan adalah Sambal Goreng Saadiah dan Kurau Masin Berlado.
Namun baru-baru ini terdengar pula kisah yang kurang enak di laman Instagram beliau. Salah seorang pengikutnya telah tampil memberikan kritikan yang agak pedas terhadap perniagaan yang dijalankannya.
Individu itu dengan beraninya bersuara lantang memberikan pendapat tentang usaha Ogy berbisnes sebagai medium untuk menjana pendapatan.
Kredit foto: Instagram Ogy Ahmad Daud
Menurut pengguna Instagram tersebut, dia menyarankan agar orang ramai tidak menyokong produk yang dikeluarkan oleh pelakon veteren berkenaan kerana kualitinya yang didakwa tidak setara dengan jenama. Malah dia beranggapan Ogy kini sedang terdesak untuk menyara kehidupan di usia senja selepas berkelakuan liar pada zaman muda.
Bagaimanapun Ogy tidak berdiam, lantas memuat naik semula gambar komen berkenaan menerusi kiriman terbarunya. Kali ini aktres itu meminta para pengikut beliau untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap komen yang dilontarkan wanita tersebut.
Menerusi reaksi balas, rata-rata pengikut Ogy meminta agar Ogy bersabar dalam menerima kritikan-kritikan negatif sedemikian.
Kredit foto: Instagram Ogy Ahmad Daud