Oleh pada 08 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Mia Ahmad 

Gara-gara menjadi model dan duta iklan untuk ayam goreng McDonald’s, aktres Mia Ahmad menjadi punca perbalahan kepada sepasang suami isteri.

Ini berikutan foto Mia Ahmad yang beraksi bersama ayam goreng jenama tersebut dihantar oleh si suami kepada isterinya melalui mesej Whatsapp.

Niat suami hanyalah untuk berkongsi gambar iklan itu, namun disalahtafsir oleh isteri yang tidak semena-mena naik berang.

Si isteri menuduh suaminya mempunyai niat tidak elok hanya kerana Mia yang kelihatan jelita dalam foto berkenaan.

Lebih teruk lagi, isterinya turut menconteng wajah Mia sebagai tanda cemburu.

Anda saksikan sendiri perbualan Whatsapp tersebut.

perang rumah tangga mia ahmad jadi punca 2

perang rumah tangga mia ahmad jadi punca 3

perang rumah tangga mia ahmad jadi punca 4

perang rumah tangga mia ahmad jadi punca 5

perang rumah tangga mia ahmad jadi punca 6

Kredit foto: beritamemey.blogspot.my

Mia tidak ketinggalan berkongsi reaksinya apabila foto perbualan tersebut menjadi tular.

perang rumah tangga mia ahmad jadi punca 7

Kredit foto: Instagram Mia Ahmad

Nampak ini di Facebook. Dah jadi tularpun. Kelakar! Saya gelak guling-guling walaupun cuba baca dua tiga kali baru faham, sebab tak faham bahasa yang digunakan. Tak apa dik, kakak rela muka kena conteng. Jangan gaduh-gaduh dah ya?

Dalam wawancaranya bersama Mstar pula, Mia memberitahu dia berasa terkejut kerana insiden aneh sebegitu boleh berlaku.

Saya hanya mampu gelak saja apabila baca paparan skrin yang viral dekat Facebook. Pada mulanya, saya tak berapa faham apa yang mereka cuba sampaikan. Tak sangka pula iklan itu boleh buat orang bergaduh. Namun, saya tak tahu benda ini betul atau gurauan saja. Tapi kalau betul, hari raya ini janganlah gaduh-gaduh. Saya reda muka diconteng daripada jadi penyebab suami isteri bergaduh.

Sumber: Mstar

Suami Mia iaitu pemain bola sepak Izham Tarmizi turut memberikan respon lucu bersama netizen yang lain di ruangan komen. 

@izhamtarmizi: Tak apa nanti balik saya conteng lagi banyak ya, kak.

@miss.shera95: Hahaha, lawaklah.

@adamhasri: Kesian Kak Mia, muka cantik-cantik dia conteng pula.

@miss.anyss: Sayapun gelak bila tengok. Hahaha.

@noorfauziah8323: Kesian Mia kita. Dia yang kena tempias. Sabarlah Mia. 

@shahnjit: Hahaha. Memang kelakar habis. Sebab inipun nak cemburu. Tapi betul kata Mia, rela diconteng daripada jadi sebab suami isteri bergaduh. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)