Pernah menggemparkan arena hiburan dengan kisah menumbuk seorang warga Bangladesh pada 22 Julai tahun lalu, aktor Sharnaaz Ahmad tampil mendedahkan punca sebenar dia bertindak demikian.
Dakwanya, pergaduan itu tercetus selepas warga asing berkenaan menegurnya beberapa kali dengan cara yang kasar.
"Macam inilah pasal Gous Ali ni, aku tak mahu panjang cerita kira mengaku salah sudahlah.. sebab apa, memang salah pun bergaduh tapi cuba kalau kau duduk tempat aku.
"Kalau orang asing 'sound' kau lebih dari lima kali tapi kau tak melawan kira hebatlah. Ini sampai siap kurang ajar, aku bukan malaikat kot. Tercetuslah pergaduhan comel," tulis Sharnaaz di Instagram, semalam.
Sharnaaz membuat kenyataan tersebut selepas berita dia menumbuk lelaki warganegara Bangladesh pada tahun lalu diulang siar oleh beberapa blog hiburan tempatan.
Dalam kes itu, Sharnaaz didenda RM1,200 pada 25 September lalu selepas mengaku bersalah mencederakan pekerja kelab golf di tempat mangsa berkerja iaitu Tingkat 1, TPC KL, Kelab Desa & Golf Kuala Lumpur.
Sementara itu, pelakon Dollah Superstar ini akui terkilan apabila kes lamanya diungkit kembali seperti ingin menjatuhkan reputasinya.
"Mai (datang), sudah manusia yang suka tengok kejatuhan orang lain, cerita sudah lapok dikeluarkan balik bagi hangat.
"Saya layankan saja, janji tidak petik nama mak ayah sudah, kalau tidak sampai lubang cacing aku cari," katanya.
Kredit foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
Sumber berita: Mstar