Masalah kegemukan orang ramai di seluruh dunia sebenarnya bukan berpunca daripada memakan makanan berlemak - tetapi gula.

"Ini bukan isu obesiti, ini isu diabetes. Pengambilan gula sebenarnya yang membunuh kita dan kita takkan dapat selesaikan masalah ini selagi makanan kita mengandungi kandungan gula yang tinggi," kata Dr.Robert H.Lustig, seorang pakar endokrinologis terkenal dunia yang mempunyai kemahiran merawat individu yang mengalami masalah hormon tidak seimbang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sudah sekain lama, orang ramai dididik yang lemak adalah musuh utama, namun bukan semua lemak sama. Ada lemak yang meningkatkan jumlah kolestrol jahat dalam badan, ada lemak yang tidak memberi apa-apa kesan dan ada lemak yang memberi kesan baik pada badan.

Tanggapan salah kita lemak yang terkandung dalam makanan yang telah diproses memang ada benarnya tetapi lemak-lemak yang terdapat dalam makanan berbentuk tenusu tidak mempunyai kesan negatif yang sama.

nasi lemak malaysia

"Kita kerap diberitahu yang lemak menyebabkan kita gemuk dan lemak yang membuatkan kita tidak sihat. Kurangkan lemak, kurangkan kalori, kurangkan berat badan, jadi kita akan lebih sihat. Dah berapa lama tanggapan ini digunapakai? Adakah ia memberi kesan?" tanya Dr.Lustig.

Sebuah kajian oleh James DiNicolantonio, Sean Lucan dan James O’Keefe yang diterbitkan dalam jurnal "Progress in Cardiovascular Diseases" membandingkan kadar gula dan lemak yang diperlukan sebelum wujud kesan negatif kepada tubuh badan seseorang. Hasilnya, seseorang itu perlu makan 40% lemak bahaya untuk meningkatkan kadar kolestrol ke tahap tinggi. Secara purata, seseorang itu setiap hari hanya mampu makan 10% paling banyak.

air buah manga susu

Kajian mereka itu juga membuktikan gula sebenarnya punca sebenar penyebab lebihan berat badan. Kandungan gula yang tinggi dalam badan yang tidak mengamalkan diet seimbang, akan menyebabkan ketidak seimbangan kandungan gula dalam darah.

"Ramai pengguna keliru. Lemak dalam badan kita ada dua jenis, lemak badan yang memang kita ada dan lemak dalam makanan. Adakah lemak yang kita makan menambahkan lemak badan kita? Jawapannya tidak," kata Dr.Lustig.

Walaupun ada kaitan antara obesiti dengan diabetes, menurut Dr.Lustig, banyak negara seperti Mongolia, Iceland dan Micronesia yang penduduknya obese tetapi tidak mengalami masalah diabetes manakala India, Pakistan dan China pula, ramai individu di sana yang kurus tetapi mengalami masalah diabetes.

obesiti malaysia kegemukan

"JIka orang yang kurus boleh sakit diabetes, ini menunjukkan masalah dia bukan daripada makan berlebihan atau kurang senaman? Ia bukan berkaitan dengan kegemukan. Ia berkaitan dengan gula dalam makanan kita, yang menyebabkan semua masalah ini," sambung beliau.

Tanggapan kita selama ini, dengan mengurangkan obesiti, kita akan menyelesaikan banyak masalah kesihatan. Kajian sains pula menunjukkan jika seseorang itu menjaga tahap metabolik badan mereka, bukan setakat masalah diabetes boleh dikurangkan, masalah obesiti juga dapat dikawal.

Jika kita perlu mengurangkan gula, adakah kita perlu berhenti makan buah?

robert lustig gula pembunuh

Menurut Dr.Lustig, kita boleh terus makan buah tapi pastikan makan dalam bentuk asal buah, bukan dalam bentuk jus. Ini kerana apabila kita minum jus buah, kita sudah memproses dan membuang isi buah tersebut yang mengandungi fiber. Apabila kita makan buah, fiber ini yang akan mengawal jumlah gula yang akan diserap oleh badan kita. Bila kita minum jus, badan kita akan menyerap gula dengan lebih cepat.

"Untuk setiap diet berjaya, amalkan 2 benda ini - rendah gula, tinggi fiber. Manusia hanya perlukan 5 khasiat dalam makanan untuk hidup - air, amino asid, lemak, vitamin dan mineral. Itu sahaja. Kita tidak perlukan karbohidrat. Hati kita boleh menghasilkan sendiri glukos yang boleh menggantikan karbohidrat daripada protein yang kita makan," kata beliau.

"Industri makanan telah lama mengelirukan kita semua tentang keperluan badan kita sebenarnya," ujar beliau lagi.Rujukan The Guardian - The Man Who Believes Sugar is Poison




Hakcipta iluminasi.com (2017)