Kredit foto: Instagram Aishah

Penyanyi Aishah mendedahkan penyertaannya sebagai aktivis politik telah menutup periuk nasinya dalam dunia hiburan.

Tidak pasti sama ada namanya disenarai hitam atau tidak, Aishah bagaimanapun mengakui hal itu benar-benar terjadi.

“Saya tak tahu ia apa, tetapi memang tak ada lagi jemputan. Perkara ini saya tak nampak secara fizikal mengenai larangan itu.

“Nanti saya cakap, kata tak wujud pula perkara begitu. Tapi, memang saya tak terima undangan sejak daripada itulah (aktif politik),” katanya.

Aishah membuat kenyataan tersebut sewaktu diundang sebagai tetamu LIVE FB Sinar Harian: Anda Tanya Aishah Jawab, semalam.

Sementara itu, penyanyi lagenda ini berkata, dia mahu memanfaatkan penyertaan dalam program realiti Gegar Vaganza (GV) sebagai kesinambungan kerjayanya.

“Saya sangat terharu kerana sudah ada medium yang boleh golongan artis seperti saya gunakan untuk kembangkan kerjaya,” katanya yang dinobatkan sebagai juara musim keempat pertandingan nyanyian itu, bulan lalu. 

Terdahulu, Aishah menyertai parti politik Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan menjadi calon bertanding di Parlimen Jempol.

Seterusnya, beliau beralih ke Amanah selepas mendapati Pas berubah perjuangannya.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)