Kredit foto: celahgelegar.blogspot.my & Instagram Nabil
Sekian lama berdiam diri, akhirnya pelawak Nabil Ahmad tampil membalas kritikan Chef Wan yang mempertikaikan gaya pengacaraannya sewaktu mengendalikan Konsert Keempat Gegar Vaganza 4, Ahad lalu.
Dalam kenyataan itu, Nabil menyifatkan Chef Wan sebagai seorang yang tidak profesional kerana membuat teguran secara terbuka hingga memalukannya.
Malah Nabil menganggap tindakan chef selebriti itu menyemarakkan lagi penghinaan netizen terhadap dirinya di laman sosial.
"Rasanya sebelum ini tiada orang yang membalas kritikannya, jadi saya ambil peluang untuk menjawab menerusi Instagram #nabilzira. Saya bukan geram tetapi kapsyen yang dimuat naiknya itu membuka ruang untuk netizen menghina saya," katanya memetik portal Utusan Online.
Kredit foto: antarapos.com
Tambahnya, tuduhan Chef Wan itu tidak berasas kerana mengatakan gaya pengacaraannya boleh mengakibatkan gejala sosial di kalangan kanak-kanak
"Adakah wajar dia menuduh saya menjadi penyebab kepada masalah sosial dalam kalangan kanak-kanak seperti yang dibangkitkannya? Tindakannya itu membuatkan saya malu, apatah lagi saya ada ibu bapa dan anak-anak yang membaca kritikan tersebut," katanya lagi.
Kredit foto: Instagram Nabil
Terdahulu, Chef Wan mengkritik Nabil kerana gemar menyampuk ketika juri memberi komen dalam rancangan realiti itu.
Malah beliau melahirkan kebimbangan terhadap adegan Nabil mempersendakan juri yang lebih berusia kerana dikhuatiri boleh memberi pengaruh negatif kepada kanak-kanak yang menonton.
Sumber berita: Utusan Online