Oleh pada 06 Jun 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Nabil Aqil

Aktres Elfira Loy menyatakan pendiriannya yang tidak bersandar terhadap publisiti murahan semata-mata untuk melariskan drama lakonannya.

Buktinya, kata Elfira, 10 tahun pembabitan sebagai anak seni, dirinya tidak pernah terlibat dalam cinta lokasi yang sengaja dirancang untuk menarik perhatian netizen.

"Ini kali pertama saya kembali berlakon semula dan terjebak dengan trend yang dibuat-buat. Saya bukan pelakon begitu, saya tak main permainan sebegini dan apa yang telah dia (Nabil Aqil) lakukan perlu diperjelaskan.

"Saya sudah pun berpesan pada dia sebelum memuat naik apa-apa di media sosial, berhati-hati terutama kalau posting gambar berdua.

"Kalau ada komen-komen buruk, padamkan segera. Tetapi saya tidak sangka pula 'kisah cinta' ini berlarutan dan hingga saya menghubunginya sendiri untuk memintanya perbetulkan perkara yang telah viral," katanya memetik laporan Astro Gempak.

Elfira berkata demikian sebagai mengulas gosip hubungan cinta dengan aktor baru, Nabil.

Sebelum ini, Nabil secara terbuka berkongsi dengan para peminat menerusi laman Instagram, fotonya di sisi Elfira sambil disertakan emoji hati berwarna hijau.

Pasangan ini kemudiannya mencuri perhatian umum apatah lagi Elfira baru sahaja terpalit dengan isu putus tunang bersama penyanyi Sufian Suhaimi beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu, aktres berkening lebat ini tidak menyalahkan Nabil apabila hubungan mereka disalah ertikan, sebaliknya menyifatkan bekas peserta Hero Remaja itu masih 'hijau' dalam industri hiburan.

nabil aqil dedah hubungan cinta dengannya ini respon elfira loy 2

Kredit foto: Instagram Elfira Loy

"Orang baru nak merasai pengalaman benda-benda baru, jadi saya tidak salahkan dia.

"Cuma mungkin ia bukanlah satu reputasi yang baik untuk saya yang sudah lama dalam industri dan saya sendiri tidak melakukan kaedah sedemikian untuk melariskan drama," katanya.

Terdahulu, Nabil yang semakin dikenali selepas membintangi drama rantaian Mr. Grey, juga turut menjadi sebutan kerana dikatakan mempunyai iras pelakon Korea popular, Kim Woo-bin.




Hakcipta iluminasi.com (2017)