The Statue of Liberty adalah sebuah arca neoklasik yang terletak di Pulau Liberty di Pelabuhan New York, Amerika Syarikat. Patung tembaga gergasi ini merupakan hadiah rakyat Perancis kepada rakyat Amerika.

Patung yang terkenal ini direka oleh seorang pengukir Perancis, Frederic Auguste Bartholdi. Manakala kerangka logamnya pula dibina oleh Gustave Eiffel, jurutera dan pengasas syarikat yang membina Menara Eiffel di Paris. Statue of Liberty telah dirasmikan pada 28 Oktober, 1886.

BESARKAN TEKS     A-  A+

statue of liberty 2

Akan tetapi, anda pasti terkejut apabila mengetahui bahawa simbol kebebasan Amerika yang terkenal itu pada asalnya dirancang untuk menyerupai seorang wanita Muslim Mesir yang memakai jubah dan hijab.

Penemuan yang mengejutkan ini tersebar luas selepas Donald Trump memperkenalkan dasar kontroversinya yang melibatkan negara-negara Muslim dan pendatang asing.

donald trump 451

Presiden Amerika Syarikat yang ke-45 itu telah melarang tujuh negara yang antaranya mempunyai majoriti penduduk Muslim seperti Syria, Libya, Somalia dan Yaman daripada memasuki Amerika Syarikat.

Kisah ini memberi tamparan hebat bagi Donald Trump. Sebelum ini ramai yang percaya bahawa penghasilan Statue of Liberty berlaku apabila Bartholdi diinspirasikan oleh seorang profesor undang-undang dan ahli politik Perancis, Edouard Rene de Laboulaye.

frederic augustus bartholdi

Frederic Auguste Bartholdi

Laboulaye pernah memberikan pandangan pada 1865, bahawa apa-apa monumen yang dibangunkan untuk kemerdekaan Amerika akan menjadi satu kerjasama bermanfaat antara penduduk kedua-dua negara itu. 

Pada tahun 1875, Laboylaye telah mencadangkan pembinaan patung itu akan dibiayai oleh negara Perancis sementara Amerika Syarikat menyediakan lokasi dan tapak untuk patung itu didirikan.

lukisan asal statue of liberty

Lukisan asal Statue of Liberty untuk Pelabuhan Said

Akan tetapi, fakta itu tidaklah begitu tepat atau mungkin sejarah awal pembinaan itu tidak dihebahkan secara umum. Sebenarnya, lukisan asal 'Lady Liberty' yang dihasilkan oleh Frederic Auguste Bartholdi itu adalah bertujuan untuk menonjolkan watak seorang petani wanita Mesir.

Menurut seorang sejarawan, Edward Berenson, rancangan asal Bartholdi adalah untuk menempatkan patung rekaannya itu di Pelabuhan Said yang merupakan pintu masuk kepada Terusan Suez yang baru dibuka di Mesir.

Bartholdi adalah seorang pereka yang diketahui sangat mengkagumi seni bina dan monumen Mesir. Dia mahukan patung gergasi itu menjadi penyambut kapal-kapal yang memasuki terusan Mesir yang megah itu.

pelabuhan said 1900 an

Pelabuhan Said tahun 1900

Seorang lagi ahli sejarah, Barry Moreno, berkata patung itu sepatutnya menyerupai seorang wanita petani bertudung dan mempunyai ketinggian 86 kaki. Tapak untuk menempatkan patung itu pula setinggi 48 kaki.

Model awal patung itu dinamakan "Mesir Membawa Cahaya ke Asia". Walau bagaimanapun, pihak kerajaan Mesir telah menolak cadangan pembinaan patung seorang wanita bertudung memegar obor api pada tangannya dan enggan membiayai kerja membinanya.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa, projek pembinaan patung gergasi untuk Terusan Suez itu terpaksa dibatalkan kerana pemerintah Mesir pada waktu itu, Khedewi Ismail Pasha, jatuh bangkrap.

pembinaan statue of liberty

Kecewa dengan penolakan itu, Bartholdi akhirnya membawa rekaannya itu ke Amerika Syarikat. Apabila dia menyerahkan rekaan patung menyerupai petani wanita Mesir berhijab, pihak kerajaan Amerika pula tidak bersetuju.

Setelah melalui beberapa perbincangan lanjut dengan pihak kerajaan Amerika, Bartholdi akhirnya membuang hijab dan menukar rekaannya daripada wanita petani Mesir kepada Dewi Kebebasan (Goddess of Liberty) Rom.

statue of liberty amerika dan mesir

Rupa patung itu juga diubah supaya kelihatan seperti seorang wanita barat. Ahli sejarah percaya rupa wanita yang dipotretkan pada patung Lady Liberty itu adalah berdasarkan wajah ibu Bartholdi, Augusta.

Statue of Liberty telah menjadi pengawal kepada Pelabuhan New York sejak tahun 1886 sehinggalah hari ini. Dapatkah anda bayangkan sekiranya Statue of Liberty yang menjadi lambang kebanggaan Amerika itu menyerupai seorang petani wanita Mesir yang memakai jubah dan hijab?

Rujukan:

1. USA Today

2. Tribune

3. Express UK




Hakcipta iluminasi.com (2017)