Di negara kita, ada lebih kurang 100 ribu orang askar, 100 ribu orang polis dan 400 ribu orang guru yang kita takrifkan mereka sebagai penjawat awam dan kumpulan itulah yang mewakili kumpulan terbesar.
BESARKAN TEKS A- A+
Di negara lain, takrifan mereka berbeza. Ada yang mengkelaskan penjawat awam adalah mereka yang berkhidmat terus dengan sesebuah badan atau kementerian, macam pegawai tadbir atau kerani sahaja. Ada yang tidak mengambil kira guru sekolah awam seperti di China misalnya, ada juga yang tidak memasukkan badan keselamatan sebagai penjawat awam.
Di Malaysia, semua sekali dikira sebagai penjawat awam.
Diharapkan sebelum kita menggunakan hujah ini untuk menunjukkan pandangan kita berkaitan jumlah penjawat awam dan ingin membandingkan dengan jumlah di negara lain, mohon kenalpasti dahulu bagaimana negara tersebut mendefinisikan penjawat awam di negara mereka.Kita berbincanglah dengan fakta dan jika ingin melakukan perbandingan, lakukanlah perbandingan yang adil.
Menurut kajian Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang mewakili pelbagai negara, purata peratusan jumlah penjawat awam untuk semua negara anggota OECD berbanding jumlah tenaga kerja dalam negara adalah 19%. Malaysia pula, peratusan jumlah penjawat awam berbanding jumlah keseluruhan tenaga kerja adalah 10.8%.Jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan nilai purata keseluruhan.