Bagi individu yang gemar bersukan, pengambilan minuman pemberi tenaga merupakan satu kebiasaan. Minuman ini menjadi pilihan kerana ianya didakwa dapat memberikan tenaga dengan pantas dan tonik tambahan bagi membolehkan seseorang individu itu berterusan melakukan aktiviti sukan tersebut.
Namun, menurus statistik dan kajian yang dijalankan, pengambilan minuman pemberi tenaga ini boleh meningkatkan risiko serangan jantung termasuklah bagi golongan muda dan remaja yang sihat dan aktif.
BESARKAN TEKS A- A+
Mengikut statistik, daripada 5,448 kes terlebih dos kafein yang dilaporkan di Amerika Syarikat pada tahun 2007, 46% daripadanya berlaku pada orang di bawah umur 19 tahun.
Penyebab degupan jantung tidak normal
Satu penyelidikan baru mendapati hanya dua tin minuman jenama Monster atau 4 tin minuman Red Bull sudah cukup untuk menaikkan risiko degupan jantung yang tidak normal sehingga boleh mengancam nyawa.
Kajian baru ini telah menganalisis kesan minuman tenaga pada fungsi jantung dan laporan kajian ini telah diterbitkan dalam Journal of the American Heart Association melibatkan 34 orang individu yang berumur antara 18 dan 40 tahun. Mereka secara rawak telah diminta untuk minum 900ml salah satu daripada dua minuman tenaga berkafein yang boleh didapati secara komersial atau minuman plasebo dalam tiga hari berasingan.
Minuman itu telah diminum dalam tempoh 60 minit, tetapi tidak lebih cepat daripada satu botol (450ml) bagi setiap setengah jam. Kedua-dua minuman tenaga tersebut telah diuji mengandungi antara 304 dan 320mg kafein bagi setiap 900ml.
Para penyelidik kemudian mengukur aktiviti elektrik hati para peserta dengan elektrokardiogram yang akan mencatatkan cara jantung berdegup serta tekanan darah.
Dalam kajian ini, para penyelidik ini mendapati irama jantung peserta yang telah meminum salah satu minuman pemberi tenaga ini telah terjejas dalam beberapa cara. Penyelidik menggunakan teknik pengukuran yang dikenali sebagai sela masa QT (QT Interval) yang merakam masa yang diperlukan ventrikel pada hati untuk mempersiapkan untuk menghasilkan degupan berikutnya lagi.
Sekiranya sela masa ini terlalu pendek atau terlalu lama, ia boleh menyebabkan jantung berdegup pada kadar tidak normal yang boleh mengancam nyawa. Keputusan menunjukkan bahawa selang masa QT peserta adalah 6 milisaat atau 7.7 milisaat lebih tinggi dalam tempoh 4 jam berbanding peserta yang minum minuman placebo.
Kafein tersembunyi dalam minuman
Secara umumnya, minuman pemberi tenaga mengandungi kadar gula dan kafein yang tinggi. Kerana jumlah kafein dan gula yang tingg ini, kadar degupan jantung tidak normal (arrhythmia) ini mudah terjadi pada sesiapa sahaja yang meminumnya termasuklah golongan muda yang aktif dan sihat.
Ramai orang sudahpun maklum akan jumlah kafein tinggi pada label minuman ini. Malangnya, terdapat banyak sumber kafein tersembunyi yang mungkin tidak disedari jika merujuk pada label semata-mata.
Bahan-bahan seperti guarana, ginseng, dan taurine mempunyai kepekatan kafein yang sama atau lebih tinggi daripada kafein yang terdapat dalam kopi. Meminum dos yang tinggi mana-mana bahan ini boleh menjadi sangat berbahaya.
Di Amerika Syarikat, kira-kira 31% remaja dari usia 12 hingga 19 mengambil minuman tenaga secara berkala. Lebih ramai orang menggunakan alternatif untuk minuman ini seperti gula getah atau inhaler. Jumlah kafein yang tinggi dalam semua produk ini boleh menyebabkan kemudaratan yang serius.
Garis panduan meminum air pemberi tenaga
Kerana jumlah kafein yang tinggi dalam minuman ini, adalah penting untuk mengehadkan pengambil minuman pemberi tenaga ini. Lagipun kandungan gulanya yang tinggi juga sudah cukup memudaratkan sekiranya diambil setiap hari.
Bagi orang dewasa, hadkan hanya 1 tin minuman air tenaga setiap hari. Elakkan juga pengambilan air ini sebelum atau semasa sedang melakukan aktiviti lasak. Bagi individu yang sememangnya mempunyai masalah jantung, pastikan mendapatkan nasihat daripada doktor dahulu sebelum mengambil minuman seperti ini.
Sekiranya anda meminum minuman pemberi tenaga, elakkan mengambilnya bersama-sama dengan alkohol atau dadah atau keduanya kerana kesannya akan lebih teruk sehingga boleh menyebabkan kematian.
Kredit: