Oleh pada 04 Apr 2018 kategori

Dari segi penampilan, bulu ketiak langsung tidak memainkan sebarang peranan seperti rambut yang menjadi organ pembentuk identiti kita yang penting. Kedudukannya juga terlindung, sukar dilihat, sentiasa ditutup dengan pakaian kecuali bagi mereka yang gemar bersinglet ke mana-mana.

Bulu ketiak juga tidak perlu dikemaskan. Mungkin tabiat menyikat bulu ketiak ada dilakukan segelintir orang namun tabiat itu akan kelihatan ganjil, sekiranya dilakukan dikhalayak ramai.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bulu ketiak jika dibiarkan panjang memanjang tanpa dipotong atau dicukur, boleh memanjang tanpa henti dan ini akan membuatkan seseorang individu merasa tidak selesa, mungkin juga terlebih selesa dengan situasi tersebut.

Jadi, persoalannya - mengapa manusia ada bulu ketiak? Apakah fungsi, kegunaan dan matlamat asal bulu ketiak ini?

Fungsi sebenar bulu ketiak

aroma bau ketiak

Setiap bahagian pada tubuh manusia mempunyai masing-masing. Kami sudah huraikan secara ringkas fungsi sebenar kening, kerana kami melihat terlalu ramai kaum wanita (dan juga lelaki) zaman moden yang kerap mencukur atau menipiskan kening. Ada juga yang tiada kening dengan sengaja kerana fesyen.

Jika kening pun memainkan peranan dan fungsi yang cukup besar, apatah lagi bulu ketiak. Fungsi utama bulu ketiak sebenarnya tidak dapat dipastikan dengan jelas jadi kita terpaksa bergantung kepada teori mengapa ketiak mempunyai bulunya sendiri.

Teori pertama mengatakan fungsi sebenar bulu ketiak adalah sebagai pelindung kepada kulit yang paling banyak pergerakan berlaku ke atasnya. Tangan merupakan organ yang paling kerap bergerak dan geseran yang berlaku di antara kulit ketiak dengan kulit tangan kerap terjadi. Atas sebab itulah, ramai di antara individu yang gemar mencukur licin kulit ketiak mereka akan mengalami masalah kulit kering pada bahagian tersebut.

Teori kedua pula berkait dengan teori pertama. Oleh kerana kawasan ketiak merupakan kawasan paling kerap berpeluh, bulu ketiak yang ada bertindak sebagai penyerap peluh yang berfungsi untuk 'melembapkan' kawasan tersebut supaya badan berhenti mengeluarkan peluh dengan amaun lebih. Kelenjar-kelenjar yang ada pada bahagian tersebut yang digelarkan 'lymph node' perlu berada pada suhu yang tertentu dan sekiranya lymph node merasa panas - ini akan mengakibatkan rembesan peluh yang lebih besar.

Teori terakhir pula menambah fungsi lain ke atas teori sedia ada. Bau yang dihasilkan dari ketiak sebenarnya mempunyai fungsi sebagai daya tarikan kepada jantina lain dengan setiap individu didapati lebih berminat dengan mereka yang mempunyai bau yang berlainan dari mereka atau ahli keluarga mereka. Menurut penyelidikan, bulu ketiak mempunyai fungsi sebagai rumah kepada bakteria-bakteria yang dinamakan microbiomes.

Microbiomes adalah bakteria yang akan bertindak balas dengan peluh, menghasilkan bau badan dan setiap individu bau badan yang unik pada kita, mengikut jantina, pemakanan dan kesihatan.

Mengapa bau lelaki berbeza dengan bau wanita?

ketiak fazura basah lencun

Perlu diperjelaskan di sini, bau badan bukannya terhasil daripada bau peluh. Peluh kita tidak mempunyai bau tetapi apabila peluh bertindak balas dengan bakteria yang ada pada kulit - apa yang terhasil daripada proses itu yang akan menghasilkan bau badan.

Kajian mendapati peluh wanita mengandungi kandungan sulfur yang lebih tinggi berbanding lelaki, dengan 5.0mg sulfur dijumpai dalam peluh wanita. Hanya 0.5mg sulfur ditemui dalam peluh lelaki.

Secara teorinya, peluh wanita sebenarnya berpotensi berbau lebih kuat daripada lelaki namun tubuh lelaki menghasilkan jumlah peluh lebih banyak berbanding wanita. Tubuh lelaki juga didapati mempunyai kebolehan untuk berpeluh lebih berkesan berbanding wanita melalui satu kajian yang dijalankan di Osaka International University di Jepun.

Saintis menyimpulkan bau yang dihasilkan memang mempunyai perbezaan besar di antara kedua-dua jantina - wanita berbau seperti bawang atau anggur, sementara lelaki pula berbau seperti keju busuk.

Bulu ketiak menurut Islam

cabut bulu ketiak

Bagi umat Islam, wujud panduan yang jelas berkenaan penjagaan bulu ketiak bagi setiap individu, tak kira jantina lelaki atau wanita. Bulu ketiak sebaik-baiknya dicabut apabila sudah tiba waktu kita rasa tidak selesa. Bagi mereka yang lebih selesa mencukur, tidak ada masalah untuk mereka bercukur.

Terdapat banyak hadis yang menyokong penjagaan bulu ketiak dengan baik. Mencukur bulu ketiak diletakkan dalam perbuatan fitrah manusia dalam hadis "Fitrah itu ada lima, iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misaiā€. [Riwayat al-Bukhari, no. hadith 5439]

Amat jelas wujud persoalan tentang fungsi sebenar bulu ketiak yang masih lagi gagal dijawab oleh sains, ekoranpanduan hidup yang dianjurkan oleh Islam. Lagipun, pasti ramai tertanya sebab sebenar mengapa Islam mendidik kita mencabut bulu ketiak dan bukan mencukurnya. Ada yang kata nanti ketiak jadi gelaplah dan bermacam lagi tanggapan.

Kami berharap agar ada saintis Malaysia yang melakukan kajian terhadap persoalan ini, kerana ini adalah sesuatu yang melibatkan kita semua. Kalau nak peserta kajian, kami pasti ramai pembaca Iluminasi yang mahu jadi penyumbang ketiak.

Bagaimanapun harus diberitahu, kepercayaan orang-orang tua yang kerap kita sebarkan berbunyi "sekiranya bulu ketiak atau bulu ari-ari tidak dicabut/dicukur lebih 40 hari akan menjadi sarang syaitan," itu adalah sesuatu yang direka-reka berdasarkan kisah palsu dialog di antara Rasulullah saw. dengan Iblis. Tidak ada hadis atau ayat al-Quran yang menyokong kenyataan tersebut.




Hakcipta iluminasi.com (2017)