Oleh pada 02 Aug 2022 kategori

Derma. Sedekah. Bantuan. Pertolongan. Zaman sekarang yang dibantu kemudahan komunikasi dan penyebaran maklumat, wujud bermacam jenis kaedah segelintir individu memohon bantuan daripada orang awam - jelas tidak lagi terhad kepada mengemis di tepi jalan semata-mata.

Garis pemisah di antara mengemis dan memohon bantuan juga semakin lama semakin tipis, sehinggakan kita sebagai masyarakat sendiri mudah keliru dengan status kedua-duanya; mengakibatkan kecelaruan teruk bagi kita sebagai pihak yang mahu cuba membantu. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Persoalan besarnya adakah memohon bantuan dalam bentuk kewangan dengan mengemis bagi meringankan beban yang perlu ditanggung, satu perbuatan yang dibenarkan? Persoalan kedua : adakah memohon bantuan kewangan kerana tidak berkemampuan, juga sepatutnya dilihat sebagai mengemis?

Takrifan mengemis dan memohon bantuan

mengemis pengemis kemiskinan

Susah untuk kita membezakan kedua-dua pihak dalam situasi zaman sekarang kan?

Secara tradisionalnya mengemis yang kita faham adalah perbuatan meminta wang yang biasanya dilakukan di kaki lima oleh individu-individu yang kurang upaya, hilang pekerjaan atau mungkin juga sengaja mahu melakukannya sebagai karier.

Pemohon bantuan pula biasanya melibatkan individu-individu yang sedang berhadapan situasi tertekan, seperti sebuah keluarga yang penjaganya meninggal dunia atau hilang pekerjaan, asnaf dan fakir miskin. 

Bagaimanapun dalam zaman sekarang, permohonan bantuan juga kerap berlaku melibatkan individu-individu berkemampuan tetapi sedang berhadapan situasi khusus. Sebagai contoh individu yang merayu agar masyarakat membantu dirinya membayar wang ikat jamin melalui media sosial.

Ada juga pihak yang tidak malu untuk memohon netizen agar membantu dirinya yang sedang berhadapan masalah seperti kegagalan membayar hutang tertunggak, dikejar along, berdepan penarikan kereta dan sebagainya.

Semua situasi yang kami tunjukkan di atas mempunyai satu persamaan ketara; individu terlibat sedang berhadapan situasi sukar yang membuatkan mereka tidak mampu dari segi kewangan. Kesemuanya melakukan perkara yang serupa iaitu meminta-minta daripada orang ramai untuk sama-sama membantu. 

Apa yang membezakan mereka adalah daya kudrat mereka.

Pengemis atau orang dalam kesusahan? 

minta sedekah

Ada beberapa perkara kita sebagai pembaca perlu cakna bagi membezakan status yang kami bincangkan di atas namun semuanya tetap bergantung kepada cara penilaian kita sendiri. 

Untuk mudah membezakannya, garis panduan Islam sudah memperjelaskan satu perkara pokok; hukum meminta sedekah tanpa sebarang keperluan adalah haram dan dilarang.

Dalam masa sama, individu-individu yang sihat tubuh badannya tetapi berdepan masalah kewangan juga diharamkan daripada meminta sedekah, kerana mereka ini mempunyai kudrat dan kemampuan untuk melakukan sesuatu demi mencari rezeki dan pendapatan.

Tetapi penjelasan di atas tidak menjawab berkenaan trend yang semakin berleluasa zaman sekarang, di mana orang ramai gemar menggunakan saluran derma bagi menyelesaikan masalah atau kekusutan mereka - walaupun mereka bukan pengemis. 

Apa pula penjelasannya di sini?

Bolehkah membantu mereka yang berdepan kesulitan? 

minta bantuan dana sumbangan derma sedekah

Adakah Islam menghalang kita daripada membantu orang yang berdepan kesusahan. Tidak. Islam sangat menggalakkan kita membantu orang yang sedang duduk dalam situasi sukar. 

Namun sebelum kita membantu, perlu kita fahami dahulu Islam juga telah kita hanya bantulah mereka yang tidak meminta-minta! Kriteria ini penting namun jarang kita ambil kira, semasa kita menghulurkan sedekah atau derma. 

Islam secara jelas melarang umatnya daripada mengemis dan mengamalkan tabiat meminta-minta untuk dibantu, sebaliknya menyarankan agar semua umat bekerja dan berusaha meneruskan kehidupan walau sesulit mana sekalipun, selagi ada kudrat atau laluannya. 

Firman Allah swt. dalam surah al-Baqarah ayat 223 memperincikan penjelasan ini, meminta agar kita mengutamakan bantuan yang kita mampu sumbangkan kepada mereka yang sanggup menjalani hidup susah tanpa meminta-minta belas kasihan.

Meminta-minta ini menurut Islam - adalah sikap yang terkutuk serta harus dihindari setiap umat.

Dalam erti kata lain, bersedekah kepada orang yang berhadapan kesulitan atau kesusahan hidup itu adalah satu amalan yang mulia.

Namun dalam masa yang sama, kita juga perlu memastikan sedekah kita itu sampai kepada mereka yang sanggup mengharungi hidup susah tanpa membuka mulut, memilih jalan senang meminta bantuan untuk diringankan beban mereka.

Zaman sekarang nak bayar ikat jamin mahkamah pun ramai yang buat video merayu agar masyarakat bantu bayarkan sama-sama. Belum apa-apa, awal-awal lagi dah terus meminta-minta. Perlu tolong ke? Tak perlu.

Nak tolong juga? Tolonglah. Tak haram bantu dia. Rujukan

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-394: HUKUM MEMINTA SEDEKAH TANPA KEPERLUAN




Hakcipta iluminasi.com (2017)