Kami pernah menulis tentang bulu ketiak dan juga kening, dua kawasan yang mempunyai rambut-rambut yang sebenarnya mempunyai tugas spesifik. Budaya manusia banyak membuatkan dua kawasan rambut-rambut ini disalah anggap mengikut pandangan dan kepercayaan sendiri, walhal untuk setiap bahagian pasti ada sebab mengapa bulu atau rambut dibiarkan tumbuh hanya di situ.

Salah satu bahagian lain yang turut mempunyai penumbuhan rambut secara normal adalah kawasan kemaluan, di mana bulu ari-ari tumbuh bagi kedua-dua jantina lelaki dan wanita.

Apa fungsi bulu di kawasan itu? Adakah elok untuk kita mencukurnya? Jom kita tengok serba sedikit mengapa besar kemungkinan apa yang kita percayai selama ini, adalah suatu bentuk salah faham.

Budaya mencukur bulu ari-ari masyarakat dunia

pencukur wanita

Kajian di Amerika Syarikat mendapati 76 peratus rakyat mereka mempunyai kawasan bulu ari-ari yang licin, sama ada dengan mencukur, menarik atau menggunakan pelekat. Di antara jantina rakyat Amerika Syarikat, peratusan lelaki yang tidak mempunyai bulu ari-ari adalah 67 peratus dan wanita pula 85 peratus!

Statistik lain yang anda perlu tahu - walaupun 85 peratus wanita Amerika Syarikat membuang semua bulu ari-ari, hanya 56 peratus yang benar-benar percaya mereka perlu membuang bulu ari-ari dengan selebihnya mempersoalkan keperluannya, namun tetap melakukan tindakan itu.

Itu di Amerika ketika ini. Di seluruh dunia pula tanggapannya terdapat perbezaan yang ketara dengan sejarah membuktikan berlakunya perubahan trend yang menentukan naik turun pandangan masyarakat dunia tentang keperluan bulu ari-ari.

Sejarah trend bulu ari-ari dunia

sejarah trend cukur bulu

Menurut kajian, memang sejak dulu penerimaan masyarakat berbeza-beza mengikut zaman. Orang Mesir zaman dulu menganggap menyimpan bulu ari-ari satu tindakan tidak bertamadun. Orang Greece lama pula mahukan semua wanita mempunyai badan yang bersih dan licin serta mempunyai satu alat khas yang dinamakan valsell, untuk menarik bulu yang tumbuh.

Mereka jugalah masyarakat pertama di dunia yang menggunakan krim khas menggunakan ramuan tradisi mereka yang digunakan untuk memudahkan bulu ari-ari dicabut. Tradisi ini kekal sebelum tiba zaman pertengahan Eropah. Wanita pada zaman tersebut digalakkan untuk menyimpan bulu ari-ari dengan Permasuri Perancis daripada tahun 1547 hingga 15559, Catherine de Medici melarang wanita mencukur bulu kemaluan sebelum Ratu Elizabeth I yang memerintah England, mempopularkan semula penyimpanan dan penjagaan bulu ari-ari yang baik, semasa beliau memerintah sehingga 1603.

Trend ini kekal sehinggalah abad ke 20.

Hanya selepas penciptaan pisau cukur yang memudahkan cukuran dilakukan, barulah trend ini mengalami perubahan semula. Bagi menyokong pengeluaran pisau cukur, pengiklan mula memainkan sentimen menyimpan bulu ketiak dan bulu ari-ari sebagai sesuatu yang menjijikkan. Sentimen ini berjaya dan jualan pisau cukur melonjak dengan pantas. Penciptaan pakaian renang bikini melonjakkan lagi trend mencukur bagi wanita. Trend ini mempengaruhi dunia sehinggakan kita ketika ini, mempunyai pandangan yang bercampur baur berkenaan isu ini. Persoalannya - pentingkah bulu ari-ari?

Fungsi dan kepentingan bulu ari-ari

kecederaan pada kulit akibat cukur

Tidak ramai yang menyedari sekiranya bulu ari-ari dibuang, liang-liang terbuka yang dibiarkan terdedah mampu menjadi jalan masuk bagi bakteria. Apa yang membimbangkan oleh kerana liang-liang terbuka ini ada, penyakit jangkitan disebabkan hubungan seksual lebih mudah berlaku daripada satu individu ke individu lain.

Dalam kajian yang telah dijalankan, bulu ari-ari sebenarnya bertindak sebagai penapis yang menyerap kelembapan. Sekiranya tidak ada bulu yang menapis, kulit menjadi lebih terdedah pada bakteria dan peluang untuk seseorang terkena herpes atau kudis pada kemaluan meningkat.

Ini diperkukuhkan lagi dengan penemuan pihak penyelidik cukuran licin pada organ pesakit yang perlu dibuang untuk menyenangkan pembedahan, menyebabkan kadar jangkitan kuman lebih tinggi berbanding pesakit yang tidak dicukur.

Kecederaan yang berlaku pada bahagian kulit mungkin tidak dirasai, tetapi realitinya luka-luka bersaiz mikroskopik yang wujud mampu menyebabkan kegatalan atau rasa kurang selesa, yang meninggalkan parut halus pada permukaan yang dicukur. Penyelidik juga mendapati wujud simptom-simptom bertambahnya selulit di kulit yang dicukur pada bahagian skrotum dan zakar bagi lelaki, serta labia bagi wanita yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

asyraf muslim dua isteri genetik power

Selain itu, fungsi paling penting bulu ari-ari adalah sebagai tempat pengumpulan pheromone. Pheromones adalah bau badan yang dihasilkan untuk merangsang tarikan seksual diri kita pada orang lain. Pheromones diperangkap di bahagian bulu ari-ari yang mengeluarkan rembesan pheromone tidak berbau. Hanya selepas rembesan itu bertindak balas dengan bakteria yang ada, bau unik setiap individu akan terhasil.

Bau yang unik ini berkait dengan wujudnya satu keadaan yang dinamakan Major Histocompatability Complex atau MHC, penentu daya tarikan seseorang individu kepada individu lain yang berlainan jantina.

Kaum wanita didapati lebih mudah tertarik dengan lelaki yang mempunyai tahap MHC yang jauh berbeza dengan badannya sendiri dan begitu juga sebaliknya. Anak yang terhasil daripada pasangan yang jauh berbeza tahap MHC di antara mereka pula, mempunyai kecenderungan untuk bertubuh lebih sihat kerana didapati mempunyai faktor genetik yang lebih baik.




Hakcipta iluminasi.com (2017)