Ketika kebakaran paling dahsyat dalam rekod terus membakar di bahagian yang berlainan di Australia, para penyelidik bekerja keras untuk memberikan jawapan mengenai punca-punca yang tepat bagaimana ia boleh berlaku.
Pada November 2019, pihak berkuasa Australia memberitahu bahawa kebakaran Binna Burra, yang memusnahkan Binna Burra Lodge bersejarah di Queensland Tenggara, bermula kecuaian manusia yang membuang puntung rokok merata-rata.
BESARKAN TEKS A- A+
Dan menurut jurucakap Pasukan Pertahanan Australia, kebakaran kawasan pedalaman Gold Coast seminggu sebelum itu mungkin telah dimulakan oleh latihan menembak di Berek Kokara.
Umum tahu bahawa cuaca panas, kering dan berangin meningkatkan risiko untuk bermulanya kebakaran, tetapi apa sebenarnya yang menyebabkan api ini menyala adalah satu kisah yang berbeza.
Dan menurut Australian Criminology Institute, sebahagian besar daripada kebakaran hutan dicetuskan oleh manusia, sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.
iluminasi.com kongsikan 8 penyebab kebakaran hutan di Australia yang dikategorikan oleh penyiasat kebakaran.
1. Rokok
Rokok bukanlah sumber pencucuhan kebakaran hutan yang biasa seperti mana kita fikir. Terdapat beberapa syarat tertentu yang perlu dipenuhi oleh sepuntung rokok untuk menyalakan api.
Antaranya adalah suhu secara umumnya perlu pada bacaan 27 darjah Celcius dan ke atas, serta kelembapan perlu berada di bahawa 22%.
Menurut Encik Wood, yang juga pensyarah tambahan dalam siasatan kebakaran liar di Charles Sturt University, kebakaran yang bermula di pinggir jalan lebih cenderung menyala disebabkan oleh kepingan karbon yang terbakar yang dikeluarkan dari ekzos kereta, berbanding puntung rokok.
Walau bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa kita sedang menghadapi keadaan cuaca di mana rokok boleh menyebabkan kebakaran dan perlu mengambil semua langkah berjaga-jaga yang mampu dilakukan untuk mengelakkan api daripada menyala.
Polis Australia memberitahu bahawa dua remaja tempatan telah dipersoalkan tentang kebakaran yang memusnahkan Binna Burra Lodge, dan rokok yang dibuang mungkin menjadi punca.
2. Pembakaran serpihan objek
Pembakaran serpihan objek seperti daun atau kayu kering adalah sumber penyalaan api yang agak biasa.
Dua lelaki dituduh mengabaikan larangan api dan "membakar harta orang lain", selepas kebakaran Carwoola di selatan New South Wales yang memusnahkan lapan buah rumah, banyak kenderaan dan ternakan pada tahun 2017.
3. Pembakaran dengan harta benda dengan sengaja
Sebab mengapa orang melakukan pembakaran dengan sengaja adalah berbeza-beza dan rumit, tetapi pembakaran jenis ini adalah penyebab sebilangan besar kebakaran hutan di Australia dan di peringkat antarabangsa.
Walaupun angka berbeza-beza, namun kira-kira separuh daripada semua hutan di Australia sama ada diketahui dibakar dengan sengaja atau dianggap mencurigakan, menurut Australian Institute of Criminology.
Polis Australia merasakan bahawa beberapa kebakaran di sekitar New South Wales sebagai mencurigakan.
4. Landasan kereta api
Landasan kereta api mempunyai kategori tersendiri, kerana keretapi merupakan sumber kebakaran hutan.
Kegagalan brek bagi kereta api boleh menyebabkan tercetusnya percikan api yang mana kadang-kala membakar tumbuh-tumbuhan kering sepanjang sisi trek dan yang berada jauh darinya.
Pembakaran karbon yang keluar dari ekzos enjin kereta api juga boleh memulakan kebakaran hutan.
5. Unggun api
Bara dari unggun api, dan api unggun yang tidak dipadamkan dengan betul adalah bahaya yang boleh menyebabkan hutan terbakar.
Banyak tapak perkhemahan yang popular telah berpindah dari kawasan unggun api terbuka, dan menyediakan bekas yang betul untuk menampung bara dari pembakaran unggun api.
Kebanyakan manusia yang tidak bertanggungjawab meninggalkan unggun api dalam keadaan masih menyala walaupun sekecil-kecil api, boleh menyebabkan kemusnahan yang dahsyat.
6. Penggunaan alatan
Antara alat-alat yang tergolong dalam kategori ini termasuklah gergaji elektrik, penggiling sudut, pemotong rumput, dan sebagainya.
Menggunakan peralatan pengisar atau kimpalan di luar rumah dan kawasan terbuka adalah tidak dibenarkan semasa larangan kebakaran.
Ini kerana penggunaan alatan seperti ini boleh menyebabkan berlakunya percikan api yang boleh memulakan kebakaran kecil.
Menurut polis Sunshine Coast, beberapa kebakaran yang bermula di Sunshine Coast pada September 2019 adalah akibat dari percikan api yang disebabkan oleh pemotong rumput.
7. Kanak-kanak
Kanak-kanak juga dikategorikan secara berasingan, kerana mereka sering terlibat dalam memulakan kebakaran tetapi biasanya mereka dianggap sifat sebagai ingin tahu dan bukannya berniat jahat.
Beberapa kebakaran hutan di New South Wales pada tahun 2013 dikesan berpunca daripada kanak-kanak.
Dan polis telah mendakwa seorang remaja kerana memulakan kebakaran hutan di Queensland Tengah yang memusnahkan 14 rumah pada November 2019.
8. Kilat
Kilat adalah sumber pencucuhan yang paling biasa di kawasan terpencil, tetapi tidak semua kilat mempunyai keupayaan yang sama untuk menyalakan api.
Kilat yang bercaj positif adalah lebih cenderung untuk menyalakan api, namun kilat bercaj positif ini hanya merangkumi 10% daripada keseluruhan panahan kilat.
Lightning mencetuskan kebakaran Esperance 2015 yang membunuh empat orang dan panahan kilat dipercayai menjadi sumber beberapa kebakaran baru-baru ini yang melanda Queensland dan New South Wales.
Rujukan:
1. ABC
2. Metro
3. BBC