Sekiranya anda gemar membeli barangan (atau "gear") untuk aktiviti sukan lasak, mungkin anda akan jumpa perkataan "military grade". Malah, ada juga syarikat pembuatan casing telefon pintar meletakkan label "military grade" ini sebagai daya penarik untuk memberitahu pengguna betapa tahan lasaknya casing telefon pintar tersebut.

Jika anda perasan, pada masa kini label-label seperti "100% bahan semulajadi", "biodegrable" dan seumpamanya kerap digunakan di pasaran. Walau bagaimanapun, realitinya tidak semua produk yang menggunakan label-label seumpama ini benar-benar memenuhi ciri label yang digunakan itu. Sebahagiannya hanyalah dakwaan kosong atau bahasa mudahnya gimik pemasaran.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Produk kesihatan seperti jamu misalnya, kerap menggunakan label "100% bahan semulajadi" tapi realitinya banyak yang mengandungi bahan-bahan merbahaya dan terlarang sehingga boleh memberi kesan sampingan kepada tubuh badan.

Berbalik kepada tajuk dan persoalan utama, adakah produk yang berlabel "military grade" ini benar-benar tahan lasak atau sekadar gimik pemasaran untuk menjual produk? Apakah piawaian "military grade" yang perlu dipatuhi untuk menggunakan label ini?

Sejarah penggunaan label "military grade"

ford f 150 military grade

Pada tahun 2015, Ford Motor Company memperkenalkan jentera barunya, F-150 kepada umum bahawa ianya mempunyai tahap “military grade". Selain itu, syarikat ini turut mendakwa jentera terbaru mereka ini sudah diuji di medan pertempuran.

Dakwaan Ford ini mempertaruhkan keseluruhan kempen pemasarannya dengan idea bahawa jentera F-150 mereka memenuhi piawaian tentera AS yang sangat tinggi. Realitinya, dakwaan seperti ini benar-benar sampah.

Idea di sebalik dakwaan bahawa sesuatu produk itu adalah "military grade" adalah mudah - orang ramai cenderung menganggap tentera sebagai kumpulan yang cukup tahan lasak, jadi jika anda memberitahu bahawa produk itu telah memenuhi beberapa piawaian ketenteraan, sudah tentulah produk itu cukup tahan lasak bukan?

Tidak semestinya!

Label "military grade" ini boleh digunakan pada pembungkusan dan bahan promosi tanpa menjalani apa-apa ujian khas. Ianya adalah gimik pemasaran semata-mata. Syarikat Ford dipercayai antara yang terawal menggunakannya sebelum turut ditiru oleh syarikat-syarikat lain.

Maksud "military grade" yang sebenar

penipuan casing telefon pintar

Adakah terdapat piawaian ketenteraaan yang dipatuhi oleh produk yang menggunakan label ini?

Secara teknikal, piawaian yang disebut m

rujuk kepada Military Standard-810 (atau singkatannya MIL-STD-810) merupakan sekumpulan syarat dan panduan yang perlu dipatuhi oleh syarikat pengeluar bagi membolehkan mereka mempertimbangkan produk mereka patuh pada kelas "millitary grade".

Walau bagaimanapun, MIL-STD-810 sebenarnya bukan keperluan, ianya lebih kurang seperti garis panduan yang boleh digunakan pengeluar untuk menguji produk mereka sendiri untuk melihat sama ada produk tersebut boleh digunakan oleh tentera atau tidak.

Tujuan asal di sebalik pengenalan MIL-STD-810 adalah untuk mempermudah proses pemerolehan peralatan untuk berjuta-juta orang tentera Amerika Syarikat. Dengan cara itu, jika anda diperbertanggungjawabkan sebagai contoh, membeli sejuta helmet untuk Tentera Darat, anda boleh yakin bahawa syarikat-syarikat yang bersaing memasukki tender tersebut sekurang-kurangnya memenuhi syarat asas minimum untuk ketahanan.

memahami maksud sebenar military grade 100

Satu perkara yang perlu diketahui adalah bahawa tanggungjawab untuk menentukan sesuatu produk tersebut adalah "military grade" atau tidak terletak sepenuhnya pada pengilang, bukan badan penguji ketenteraan untuk memastikan produk tersebutr memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam piawaian tersebut.

Dengan kata lain, semua syarikat mesti membuat keputusan untuk mengatakan produk mereka adalah produk bertaraf "military grade" atau tidak dan poof - produk baru berlabel "military grade" dilahirkan! Ianya semudah itu. Tidak ada mana-mana individu daripada pihak tentera akan membuat verifikasi akan kepatuhan label "military grade" yang digunakan pada produk di pasaran.

Satu-satunya sebab sebenar pisau saku yang dijual di pasaran sering disertakan dengan label "military grade" di bungkusannya adalah kerana pasukan pemasaran syarikat tahu bahawa menampal label ini pada produk akan membuatkan pembeli mudah percaya bahawa produk tersebut tahan lasak.

Label "military grade" sebagai bahan jenaka

tentera amerika syarikat 93

Bagi sebuah organisasi besar seperti pasukan tentera Amerika Syarikat, apabila membeli sesuatu keperluan untuk kegunaan tentera mereka, sudah pastilah mereka akan memilih tender yang "menjimatkan kos" memandangkan mereka harus membeli secara pukal.

Mungkin anda akan menyangka bahawa pihak tentera mestilah menggunakan barang-barang yang mempunyai kualiti tertinggi tetapi sebenarnya, mereka akan mendapatkan barang-barang yang paling murah asalkan ia sekadar mematuhi piawaian minimum yang ditetapkan.

Dengan kata lain, dalam ketenteraan itu sendiri, "military grade" membawa bermaksud pilihan yang paling murah dalam senarai sebutharga tender harga yang dikeluarkan. Memenuhi piawaian ketenteraan (dari segi pengeluaran besar-besaran) biasanya bermaksud bahawa pengilang dapat memenuhi syarat minimum yang dinyatakan pada harga unit terendah.

Bagi tentera AS, label "military grade" yang digunakan pada produk-produk untuk kegunaan orang awam dalam pasaran dianggap satu jenaka memandangkan mereka tahu apa itu label "military grade" yang sebenar. Ianya tidaklah segah yang disangka.

Kebanyakan produk di pasaran yang dijual dengn label "military grade" tidak perlu bimbang tentang piawai MIL-STD-810 ini kerana Jabatan Pertahanan AS tidak mempunyai urusan menyemak produk-produk seperti casing iPhone, pisau dan produk seumpamanya yang dijual kepada orang awam.

Apabila produk ini diiklankan dengan label "military grade", yang sebenarnya mereka maksudkan adalah bahawa mereka menggunakan beberapa kriteria yang telah ditetapkan untuk menjalankan ujian terhadap produk mereka sendiri. Ianya belum tentu benarr-benar tahan lasak.

Sudah tentu, itu tidak bermaksud bahawa produk yang mempunyai ketahanan "military grade" ini tidak bernilai tetapi kebanyakannya hanya digunakan sebagai gimik pemasaran semata-mata untuk menarik minat pembeli dan dengan label ini, pihak penjual dapat membuat justifikasi untuk menaikkan harganya.

Kredit:

  1. MEL Magazine
  2. We Are The Mighty
  3. Ipitaka



Hakcipta iluminasi.com (2017)