Oleh pada 11 Jan 2018 kategori

Sumber foto: telegrafnews.co (Gambar hiasan)

P Serojah, 47, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss maut di lokasi kejadian selepas kenderaan ditunggangnya terlanggar lubang di tepi jalan raya di Jalan Telok Gong, Klang hari ini.

Penunggang motosikal itu maut akibat parah di kepala dalam kejadian 6.20 pagi.

Mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira 10 kilometer dari rumahnya(Bandar Botanik-Jalan Telok Gong) semasa kejadian.

Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, Ketua Polis Daerah Klang Selatan memberitahu motosikal mangsa termasuk dalam lubang yang berada di tepi bahu jalan raya menyebabkan mangsa terjatuh.

"Siasatan mendapati mangsa parah di kepala dan maut di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat," katanya.

Motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan akibat kemalangan tersebut dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)