Anda mungkin pernah beberapa kali mendengar istilah Mandela Effect namun tidak memahami maksudnya. Bagi mereka yang tidak tahu, cara termudah untuk menerangkan fenomena ini adalah dengan mengatakan bahawa ia adalah keadaan di mana ramai orang mempercayai sesuatu seolah-olah pernah berlaku walhal sebenarnya tidak pernah terjadi.
Atau ianya boleh didefinasikan sebagai sebuah fenomena yang tidak biasa di mana sekumpulan besar orang mengingati sesuatu yang berbeza daripada bagaimana ia sebenarnya berlaku. Ahli teori konspirasi percaya bahawa ini adalah bukti kewujudan alam semesta alternatif sementara ramai doktor menggunakannya sebagai gambaran bahawa daya ingatan manusia ini tidak sempurna.
BESARKAN TEKS A- A+
Kedengaran pelik? Ia mungkin pelik, tetapi fenomena ini telah berlaku berkali-kali sejak dahulu lagi. Nama fenomena "Mandela Effect" itu sendiri diberikan kerana ia berkait rapat dengan peristiwa yang berlaku terhadap Nelson Mandela sendiri.
Fenomena "Mandela Effect" ini mendapat namanya pada tahun 2013 ketika Nelson Mandela meninggal dunia. Yang pelik mengenai kematiannya adalah bahawa berjuta-juta orang yakin bawa beliau telah meninggal pada tahun 1980-an dan benar-benar yakin bahawa beliau telah lama mati.
Mereka bahkan mempercayai bahawa mereka pernah menyaksikan peristiwa pengebumiannya di TV. Namun, apa yang didakwa oleh ramai orang ini adalah "kenangan" atau memori palsu - peristiwa tersebut tidak pernah berlaku. Inilah sebab mengapa fenomena ini begitu menarik dan ini menunjukkan bagaimana manusia boleh mempunyai memori palsu.
Kisah kematian Nelson Mandela ini bukannya satu-satunya peristiwa seumpamanya berlaku dan kali ini kami ingin berkongsi 5 peristiwa lain yang boleh dianggap sebagai "Mandela Effect".
1. “Luke, I Am Your Father”
“Luke, I Am Your Father" merupakan ayat yang sangat popular dan diningat bagi peminat Star Wars. Malah, bagi yang tidak pernah menonton filem ini sekalipun, mereka pastinya pernah mendengar bait-bait ayat popular ini yanng sering diulang-ulang oleh peminat Star Wars.
Ramai yang percaya bahawa Darth Vader sendiri telah mengeluarkan ayat tersebut - perkataan demi perkataan - “Luke, I am your father”. Namun, tahukah anda bahawa apa yang sebenarnya yang keluar daripada mulutnya yang sebenar adalah “No, I am your father”.
Darth Vader memang ada menyebut nama Luke beberapa kali dalam peristiwa atau adegan tersebut, tetapi salah satu dialog paling ikonik dalam sejarah filem ini bukanlah seperti yang diingat oleh kebanyakan orang. Ini adalah contoh kes "Mandela Effect" yang jelas dan agak "mindblown".
2. The Flintstones
Mana satukah ejaan yang betul "The Flintstones" atau "The Flinstones"? Ramai orang menyangka ejaan yang betul adalah "The Flinstones" dengan hanya satu huruf "t" pada perkataan tersebut.
Ini adalah satu lagi contoh Mandela Effect yang agak mudah dan dialami orang ramai. Walaupun isu tertinggal huruf "t" daripada nama tajuk rancangan ini mungkin kelihatan kecil, ia masih relevan untuk topik ini kerana dapat menggambarkan betapa ramai orang yang mengingatnya secara salah.
3. "Life is like a box of chocolates"
Satu lagi petikan dialog daripada filem yang popular adalah "Life is like a box of chocolates". Dialog ini asalnya dari filem Forrest Gump “Life is like a box of chocolates, you never know what you’re gonna get”. Kita mungkin biasa mendengarnya banyak kali namun tahukah anda dialog sebenar adalah berlainan daripada yang sering dipertuturkan orang ramai?
Dialog yang sebenar berbunyi seperti berikut - “Life WAS like a box of chocolates…". Walaupun perbezaannya tidaklah banyak, namun contoh ini tetap relevan untuk topik Mandela Effect ini dimana begitu ramai yang mengingati dialog popular ini dengan salah.
4. Peristiwa pembunuhan Presiden John F. Kennedy
Peristiwa pembunuhan Presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy pernah menggemparkan dunia satu ketika dahulu. Malah, rakaman video yang menggambarkan tragedi malang itu sendiri telah ditonton jutaan manusia.
Jika anda tanya kepada rakyat Amerika Syarikat berapa ramaikah penumpang dalam kenderaan Presiden John F. Kennedy ketika itu, jawapan yang kerap diberikan adalah 4 orang. Ianya merupakan salah faham biasa bahawa ketika kejadian, terdapat 2 orang penumpang yang duduk di kerusi hadapan sementara seorang lagi duduk dengan Presiden John F. Kennedy di kerusi belakang.
Walau bagaimanapun, ini merupakan satu lagi contoh Mandela Effect. Sebenarnya, terdapat 6 orang dalam kenderaan berkenaan ketika tragedi berdarah tersebut. Kenderaan yang dinaiki Presiden John F. Kennedy ketika kejadian tersebut adalah kereta limosin yang mempunya 6 buah tempat duduk.
5. “Mirror, Mirror, On The Wall”
Satu lagi dialog popular daripada animasi keluaran Disney iaitu animasi "Snow White and the Seven Dwarfs" adalah dialog "Mirror, mirrow on the wall" yang dituturkan oleh Evil Queen dihadapan cermin magis.
Walau bagaimanapun, dalam dialog sebenar watak Evil Queen tidak menyebut perkataan "Mirror" dua kali walaupun ramai yang percaya sebaliknya. Dialog sebenar adalah “Magic mirror on the wall…”. Mungkin anda boleh menonton kembali animasi tersebut untuk memastikan dialog sebenar yang keluar daripada mulut Evil Queen.
Kredit: