Oleh pada 05 Jul 2021 kategori

Pertambahan usia berlaku seiring dengan perkembangan otak membolehkan pemikiran kita berkembang dari tidak faham menjadi faham, dari kurang sedar menjadi lebih teliti.

Namun di kalangan orang dewasa, ada sekumpulan kecil individu yang entah apa sebabnya mahu berpatah balik semula ke waktu mereka berusia bayi.

Ini adalah kisah individu ini yang layak digelarkan bayi dewasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Memahami psikologi 'bayi dewasa'

adultbaby luciano perbellini 2 1

Dari kajian psikologi, sindrom 'bayi dewasa' diistilahkan sebagai salah satu cabang dalam masalah paraphilic infantilism, sejenis penyakit kecenderungan seksual yang mengakibatkan seseorang gemar dilayan sebagai seorang bayi.

Sindrom ini dikaitkan dengan masalah seksualiti seseorang, kerana seseorang yang mempunyai kecenderungan sebegini akan mempunyai kemahuan seksual yang berbeza-beza untuk dilayan bergantung kepada tahap yang dia inginkan.

Sebagai contoh, seorang 'bayi dewasa' yang gemar memakai lampin bayi hanya akan merasa puas apabila dia mampu melakukannya, walaupun secara sendirian. Dalam satu spektrum berbeza, ada juga 'bayi dewasa' yang mahu pasangannya melayan dirinya ibarat seorang bayi, dipakaikan lampin bayi dan dilayan dengan penuh manja.

Dalam spektrum kemahuan yang lebih ekstrim, seseorang itu boleh menggunakan lampin bayi sebagai alat pemenuh nafsu yang akhirnya menjurus kepada permintaan agar kelakuan ganas dilakukan kepadanya.

Apa yang kami cuba nyatakan di sini, spektrum individu yang mempunyai kecelaruan sebegini berbeza-beza bergantung kepada kemahuan mereka jadi tidak ada tahap jelas untuk kita mengunci satu kelakuan kepada satu kelakuan lain.

Namun aspek persamannya jelas - elemen yang menggambarkan individu bawah umur atau masih bayi dijadikan obsesi seseorang yang mengalami masalah ini. Dua daripada cabang utama paraphilic infantilism adalah diaperism seperti yang kami nyatakan di atas atau pedofilia, kecenderungan seksual seseorang kepada kanak-kanak atau bayi.

Artikel ini hanya akan menyentuh bab diaperism atau kecenderungan seseorang terhadap apa saja objek berkait bayi untuk kegunaan sendiri ataupun orang lain.

Kenapa ini berlaku?

bayi lelaki duduk kerusi bayi

Sukar untuk dijawab kenapa perkara sebegini boleh berlaku kepada seorang dewasa, namun dalam kajian psikologi, individu yang mempunyai masalah sosial khasnya apabila melibatkan hubungan keluarga merupakan faktor utama menyumbang gejala ini.

Insiden trauma yang dialami sejak kecil mengakibatkan seseorang pelaku itu akan menyimpan perasaan sering menjadi mangsa sesuatu keadaan, mengakibatkan dia mahu bertindak di luar kebiasaan.

Dalam sesetengah kes unik yang jarang berlaku, keinginan untuk dilayan seperti seorang bayi boleh berlaku kepada individu selepas berlakunya kemalangan kepada mereka khasnya melibatkan trauma di bahagian kepala.

Seorang lelaki ketika penyelidikan dijalankan sudah berusia 80 tahun, sejak usianya 6 tahun telah mengalami masalah mahu diasuh bak bayi. Dalam satu kes lain, seorang lelaki berusia 32 tahun didapati gemar mengenakan lampin bayi dan merangkak di sekeliling rumah tanpa menampakkan kecenderungan seksual.

Sebaliknya lelaki itu lebih banyak menampakkan tanda-tanda kemurungan serta potensi untuk cubaan membunuh diri apabila diperiksa tahap kesihatan mentalnya.

Jenis-jenis 'bayi dewasa' dalam penyelidikan

baby cot adult baby

Seseorang yang mempunyai sindrom ini boleh dibezakan bergantung kepada tahap kemahuannya; sama ada gemar untuk berlagak seperti seorang kanak-kanak atau seorang bayi.

Antara kelakuan yang sering dipaparkan oleh individu yang mengidapnya selain suka memakai lampin adalah suka merangkak, gemar menghisap botol susu, masih mahu tidur dalam katil bayi dan suka makan dengan kerusi bayi yang bersaiz dewasa.

Setiap individu memaparkan tahap kelakuan berbeza sama ada akan memaparkan kelakuan sedemikian rupa dalam waktu-waktu tertentu sahaja apabila 'keinginan' itu hadir atau dalam kes lebih teruk, mahu dianggap seorang kanak-kanak atau bayi setiap masa 24 jam sehari sehingga mengakibatkan seseorang dewasa itu tidak lagi menjadi produktif.

Apa yang sangat membingungkan, walaupun jelas kelakuan yang dibuat ini tidak normal - dalam banyak kes yang ditemui, pasangan kepada 'bayi dewasa' ini turut dilaporkan memainkan peranan dalam memenuhi kehendak pasangan mereka.

Ada yang bertindak sebagai pengasuh, penjaga mahupun ibu atau bapa kepada pasangan mereka sendiri dalam memastikan keinginan untuk merasai alam bayi dan kanak-kanak semula pasangan mereka dipenuhi.

Komuniti aktif dalam media sosial

bayi dewasa adult syndrome

Sebelum wujud media sosial serta kemudahan internet, individu-individu bayi dewasa ini jarang sekali mendapat liputan media namun ekoran wujudnya saluran seperti Youtube yang membolehkan individu bertabiat serupa berhubung, komuniti ini menjadi semakin berkembang.

Individu bertabiat serupa mula terbuka untuk menceritakan dan membincangkan isu ini daripada perspektif mereka, membuka mata orang ramai terhadap satu masalah psikologi yang jarang sekali kita bincangkan.

Laman web khas yang bertindak sebagai kumpulan sokongan untuk individu yang perlu mengasuh pasangan mereka setiap hari juga semakin terbuka untuk berkongsikan pandangan dan masalah yang mereka hadapi.

Apa yang sangat melucukan - wujud industri khas yang aktif menyokong sindrom ini melalui pengeluaran produk dalam memudahkan hidup seorang bayi dewasa.

Wujud jenama-jenama khas pakaian bayi bersaiz dewasa dijual, selain daripada peralatan seperti botol susu, bit baju, kerusi, katil dan sebagainya.

Terdapat juga pengeluar lampin bayi bersaiz dewasa lengkap dengan corak-corak comel dicetak pada lampin tersebut, agar pengalaman yang mereka rasai mirip dengan waktu kecil sebenar mereka.

Anda pernah berhadapan masalah serupa atau ada pengalaman mengendalikan kes-kes sebegini, sepanjang hidup anda? Bolehkah anda ceritakan pengalaman anda sekiranya pasangan anda seorang bayi dewasa. 

Adakah ini sesuatu yang boleh diubati atau sepatutnya dibiarkan begitu saja, disebabkan oleh kecelaruan minda individu yang menghidapinya?

Rujukan

Paraphilic infantilism, diaperism and pedophilia: A review




Hakcipta iluminasi.com (2017)