Pasti ramai yang bertanya soalan ini, kan?

Apatah lagi bila setiap orang yang mampu mendengar sebenarnya mempunyai satu monolog yang sentiasa berjalan dalam kepala kita, berbicara pada kita, memberi pendapat dan kadangkala seolah berbincang dengan kita, semuanya dalam bahasa yang kita tahu.

Jika seseorang itu tahu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, pasti suara dalam kepala kita akan berbicara dalam bahasa tersebut. Tapi persoalannya, bagaimana orang yang memang dilahirkan pekak dan bisu dari waktu lahir berfikir? Mereka yang memang tidak pernah mendengar, apakah cara mereka melakukan perbincangan sebegini dalam kepala mereka?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jangan terkejut pula dengan jawapannya.

iluminasi pekak berfikir2

Untuk bermonolog dalam kepala atau mempunyai inner voice, seseorang itu mesti mengetahui sekurang-kurangnya satu jenis bentuk komunikasi - jadi orang yang dilahirkan pekak mampu berfikir dalam kepala mereka dengan menggambarkan bahasa isyarat yang mereka pelajari. Tanpa kemahiran tersebut, mereka sebenarnya tidak mampu menterjemahkan pemikiran mereka ke dalam sebarang bentuk.

Jika seseorang yang dilahirkan pekak dan bernasib baik mendapat latihan untuk bercakap disamping bahasa isyarat, dia akan mempunyai kebolehan untuk berfikir menggunakan kedua-dua bahasa yang dipelajarinya : bahasa isyarat dan bahasa pertuturannya.

Untuk menggambarkan bagaimana proses ini berlaku pada mereka - jika manusia yang mampu mendengar dan berkata-kata mempunyai suara yang sama dengan suara mereka bercakap ketika mereka berfikir, orang yang kurang upaya mampu melihat diri mereka sedang berkomunikasi balik kepada mereka dengan bahasa isyarat.

iluminasi pekak berfikir3

Jika dibandingkan dengan manusia yang tiada penglihatan, kecacatan pada pendengaran sebenarnya membataskan kemampuan mereka memproses bahasa dan apabila itu berlaku, otak mereka tidak dapat memproses pemikiran mereka kerana kekurangan 'cara hendak menterjemahkan pemikiran' itu. Otak memang memerlukan satu bentuk bahasa untuk menukarkan pemikiran kita sendiri kepada satu bentuk yang dapat kita fahamkan.

Kajian yang telah berlaku sekian lama juga membuktikan individu yang tidak mampu mendengar dan mampu berbahasa isyarat mempunyai kemahiran berfikir yang lebih baik berbanding mereka yang pekak tetapi diajar dan dilatih untuk bertutur dengan bahasa berbentuk lisan, tanpa mengetahui bahasa isyarat. Walaupun mereka mampu bertutur tetapi mereka tidak mampu mendengar dan ini membuatkan beberapa aktiviti otak mereka terganggu kerana otak mereka sendiri tidak dapat memproses pemikiran mereka.

iluminasi pekak berfikir4

Semua manusia memerlukan 'suara dalam kepala' atau 'inner voice' itu kerana suara itu membantu kita berfikir, termasuklah orang yang pekak.

Kini penekanan kepada pentingnya pembelajaran bahasa isyarat kepada orang yang tidak mampu mendengar, menunjukkan keperluan bahas isyarat diajar terlebih dahulu bagi membantu mereka mempunyai otak yang mampu memproses bahasa isyarat tersebut dalam bentuk visual kepada otak mereka sendiri.

Selepas itu, barulah individu tersebut akan diajarkan bahasa pertuturan selepas mereka mampu berfikir, memvisualisasikan pemikiran dan mempunyai pemikiran yang mampu berkomunikasi dalam fikiran mereka.

Itulah jawapannya bagaimana orang pekak boleh mempunyai monolog dalam kepala atau inner voice. Cara mereka sedikit berbeza tetapi tanpa kemahiran berbahasa, otak tidak mampu memproses pemikiran mereka kerana tidak wujud sebarang bentuk komunikasi antara tuan punya badan dan mindanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)