Kredit foto: utusanmalaysian.blogspot.my & Instagram Nonny Nadirah
Pelakon Nonny Nadirah menafikan sekeras-kerasnya tentang dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan suami penyanyi Adira, Datuk Red.
Menurut Nonny, dia tidak pernah berhubung, bertemu apatah lagi mempunyai hubungan dengan lelaki itu.
Malah bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Kelima tersebut sanggup bersumpah untuk membuktikan kebenaran.
Kredit foto: Instagram Nonny Nadirah
Sumpah demi Allah, saya tak pernah berjumpa, berhubung atau menjalinkan hubungan cinta dengannya (Datuk Red). Saya tidak pernah memberikan nombor telefon kepadanya dan tidak tahu dari mana dia dapat.
Sumber: Mstar
Dalam sebuah kontroversi yang tersebar baru-baru ini, Datuk Red mendedahkan dirinya 'kantoi' dengan isteri kerana menjalinkan hubungan cinta bersama seorang pelakon baru dari Sabah yang digelarkan sebagai 'N'.
Namun Datuk Red memaklumkan hubungannya dengan wanita itu sudah berakhir gara-gara tidak menyenangi sikapnya.
Susulan itu, nama Nonny antara yang disebut-sebut sebagai wanita yang dimaksudkan Datuk Red. Apabila dakwaan itu sampai ke telinganya, dia mengakui berasa terkejut, namun enggan memberikan kenyataan balas kerana apa yang diperkatakan usahawan hartanah itu tidak benar sama sekali.
Kredit foto: Instagram Nonny Nadirah
Perkara ini saya dapat tahu pun dua hari lalu dan agak terkejut juga tiba-tiba pengurus hantar keratan akhbar tentang pengakuan dia tu. Saya tidak mahu memberi kenyataan lebih-lebih sebab semua yang dikatakan itu tidak benar.
Sumber: Mstar
Enggan memanjangkan isu berkenaan, Nonny ingin menghormati isteri-isteri Datuk Red, termasuk teman lelaki dan bakal keluarga mertuanya.
Kalau boleh saya tak mahu panjangkan perkara ini sebab hormat isteri Adnan termasuk Adira, keluarga saya dan keluarga bakal mertua. Lagipun, saya dan teman lelaki sudah lapan tahun bersama. Kami pun ada perancangan untuk berkahwin. Saya tidak mahu disebabkan perkara ini hubungan saya dan teman lelaki berantakan. Saya harap semua orang berhenti sebarkan benda yang tidak betul. Kalau nak buat gosip pasal kerjaya saya tak kisah. Tapi rasanya tak perlu melibatkan gosip cinta.