Seiring dengan kemajuan teknologi, bidang perubatan turut semakan maju dengan pelbagai penemuan baru. Tidak kira semaju mana pun bidang perubatan masa kini, terdapat juga segelintir manusia yang memilih untuk berubat secara tradisional atas pelbagai sebab.

Rawatan perubatan alternatif ini menjadi pilihan atas pelbagai sebab antaranya sebab kewangan, skeptikal dengan perubatan moden, pengaruh orang sekeliling (termasuk penjual produk yang mahu melariskan produk mereka semata-mata), pengaruh pseudosains dan sebagainya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bila membicarakan mengenai perubatan alternatif atau tradisional, kita pastinya sering mendengar mengenai ubat-ubatan tradisional Cina yang banyak menggunakan herba, akar dan pelbagai lagi bahan semulajadi. Malah, populariti perubatan tradisional CIna turut sampai ke Barat.

Bagaimanakah rawatan perubatan tradisional Cina dari China boleh tersebar ke seluruh dunia termasuk Barat?

Populariti ubatan tradisional Cina di Barat

img 20211126 113141

Perubatan herba Cina cukup popular di Barat. Anda boleh membeli pelbagai jenis herba dalam talian dan penjual juga menjualnya secar terbuka di pusat membeli-belah di seluruh dunia. Retorik pemasaran adalah konsisten, mendakwa orang Cina telah menggunakan ubat-ubatan ini selama beribu-ribu tahun dan masih melakukannya, tetapi kebenarannya jauh berbeza.

Pada akhir 1960-an, doktor dan hospital di China mengamalkan ubat yang sama seperti di Barat, tetapi kebanyakan doktor enggan menetap di luar bandar China. Ini menyebabkan peratusan yang besar penduduk di luar bandar tidak mendapat rawatan perubatan.

Jadi kerajaan China ketika itu telah mewujudkan satu program untuk melatih petani dengan pengetahuan perubatan asas. Sebuah buku panduan telah diberikan kepada para rekrut yang mengandungi pilihan herba untuk menangani ketiadaan ubat sebenar di kawasan luar bandar.

Walaupun ubat-ubatan tradisional Cina cukup popular, ramai orang yang tidak tahun bahawa pengenalannya sebenarnya adalah sebagai pilihan terakhir apabila ubat yang betul tidak tersedia dan dalam keadaan masa terdesak. 

Pengenalan program perubatan luar bandar

keberkesanan rawatan perubatan

Pada akhir 1960-an, China berada di bawah pemerintahan pengerusi Komunis Mao Zedong yang sedang melaksanakan revolusi kebudayaannya di negara tersebut. Pada masa itu, hanya sekitar 2 peratus penduduk China tinggal di bandar.

Di pusat populasi utama, hospital China mengamalkan perubatan Barat, tetapi majoriti penduduk luar bandar tidak mempunyai akses. Doktor enggan berpindah ke kawasan luar bandar, meninggalkan jurang penjagaan kesihatan antara bandar dan luar bandar. Mao mencari cara yang mudah untuk membetulkannya.

Seperti di Barat, perubatan tradisional adalah berdasarkan tanggapan yang tidak saintifik dan selalunya tidak betul. Ketika itu, beribu-ribu pakar perubatan tradisional tinggal di sekitar kawasan desa dan kawasan pedalaman di seluruh China.

Sejak sebelum zaman Mao lagi, semua pemerintah China ingin memperkenalkan penjagaan kesihatan moden namun pada masa yang sama kerajaan tidak mampu membayar pengamal perubatan tradisional yang ada untuk meninggalkan pekerjaan mereka sebagai petani di pedalaman untuk berpindah ke bandar. 

img 20211126 112846

Akibatnya, parti Komunis mengguna pakai perubatan tradisional Cina (walaupun Mao secara terang-terangan menolaknya untuk penjagaan peribadinya. Penyelesaian lain Mao kepada kekurangan rawatan perubatan ialah program doktor berjalan kaki yang melatih ratusan ribu petani dalam perubatan asas dan menghantar mereka pulang ke kampung mereka untuk bekerja sebagai perawat.

Malangnya, latihan ini tidak menyelesaikan isu kekurangan hospital dan ubat. Tanpa ubat-ubatan dan peralatan, doktor-doktor ini terpaksa membuat improvisasi. Untuk membantu, mereka dibekalkan dengan buku panduan merawat pesakit yang mengandungi maklumat tentang herba dan rawatan yang boleh diambil oleh perawat jika ubat yang betul tidak tersedia untuk pesakit. 

Peningkatan populariti d Barat

sejarah ubatan tradisional cina

Apabila buku panduan itu tersebarr ke Barat, ia dilihat sebagai "pendedahan" kononnya bagaimana orang Cina memilih untuk merawat pelbagai penyakit mereka. Namun, realiti situasi di China dan fakta sebenarnya adalah doktor sebenar di China sendiri sebenarnya tidak mengamalkan perubatan mengikut buku panduan tersebut kerana ia adalah rawatan pilihan terakhir.

Malangnya, ramai yang tidak tahu mengenai perkara ini dan menganggap buku panduan tersebut merupakan buku panduan perubatan yang digunakan oleh doktor-doktor di bandar sendiri. Ketika itu, penduduk di bandar sememangnya menerima rawatan perubatan yang sama yang disediakan di Barat.

Selain itu, penulisan buku-buku dari Barat mengenai perubatan tradisional dari China termasuk amalan-amalan eksotik dan kuno di China (yang tiada bukti saintifik keberkesanannya) terus mempopularkan rawatan perubatan tradisional Cina di kalangan orang di Barat sehingga mereka sanggup membelanjakan wang untuk segala-galanya dari herba hingga akupunktur.

Akhirnya, ubat-ubatan tradisional yang sepatutnya menjadi pilihan terakhir ketika tahun 70-an di China telah menjadi begitu popular pada pertengahan abad ke-20 sehingga telah menjadi pilihan gaya hidup yang popular bagi ramai orang hari ini.

Kredit:

  1. Skeptoid
  2. Science Based Medicine
  3. Neurologica



Hakcipta iluminasi.com (2017)